

pagi ni sambil drive..sambil layan lagu CANCER dari MY CHEMICAL ROMANCE..dan teringat..tentang seseorang..bagi aku insan tuh sangat istimewa walau kadang aku sendiri terketar hadap dia waktu dia naik angin.serius ngeri...
dari segi luaran orang akan nampak..kami seolah "sempurna" dia terlalu sempurna.dengan berlatar belakang kan pekerjaan..yang sekarang ni dah tak ada kaitan disebabkan khianat kawan.dari segi keluarga dia.adik-adik dia.walaupun aku dan adik dia tidak la mesra(sebab tak pernah face to face and bersembang) tapi kadang rasa dihargai bila dia pengsan.adik dia mesti..mesti akan text aku dan beritahu perkembangan dia..segalanya nampak sempurna..
tapi bagi aku..kadang aku fikir.."sempurnanya" orang lain.bila mana mereka berjumpa dengan sumeone dalam hidup.bercinta,bertunang.berkahwin.walau kadang mungkin ada masalah dari segi kewangan maupun tentangan keluarga.bagi aku semua itu mampu di harungi..demi masa..tapi seperti aku..aku tak tahu nak mula dari mana..aku takut nak menghadap pengakhiran.tapi...itu bukan alasan...kami manusia biasa..yang merancang dan akan terus merancang..dan akan berusaha..biar masa tentukan..aku sedapkan hati.. "yana ..ajal maut itu di tangan tuhan..kunfayakun..ada yang sihat pun pergi..ada yang sakit pula sihat " harap nya seperti itu,..aku cuba kuatkan semangat..tak mahu mengalah.sakit bukan alasan untuk hidup TAK bahagia bukan?? kita berhak tentukan hidup kita.orang yang sakit berhak dibahagia kan..berhak punya impian.berhak merancang..orang sakit??? tidak..insan istimewa itu bukan orang sakit..dia cuma seorang insan yang diuji dengan hebat nya oleh SANG PENCIPTA..dia insan terpilih..dia istimewa,...

selagi di sini.....kita akan terus melawan arus...terus semangat dan kuat..kita mampu...
yang selalu dia cakap kat aku :-
- hidung berdarah..ni dah banyak kali sangat-sangat
- kepala berdenyut-denyut sakit..dah macam rutin :(
- pengsan..kemungkinan boleh koma..setakat ni alhamdulillah..seingat aku dah lebih 4 kali dia pengsan..sejak aku kenal dia dan sejak tiba-tiba sakit tuh datang balik
- mata kabur..baru tadi dia cakap seolaha da selaput yang kaburkan pandangan..padahal anak mata dia aku tengok tak ada masalah..tiada selaput

my HEART pesakit ketumbuhan...
jangan mengalah..
sakit itu penyebab kepada ajal tapi bukan semestinya pengakhiran
percaya kan DIA
kalau aku mampu jeritkan di luar sana...
hargai la orang disisi anda yang berusaha keras membina istana untuk anda
kerana aku disini..cuba terus membina harapan...
tiada yang kuburkan..
wahai insan yang istimewa..kagum aku dengan dia..melawan sakit dan khianat..
itu dugaan hebat untuk hamba yang hebat...
bersbarlah la..jangan biarkan amarah menguasai diri..kerana tahu kan apa yang jadi bila kita di luar kawalan??
buat la keputusan yang bijak..yer kadang sayang penat sangat..sakit dan lelah
kadang sayang mengadu dan terlalu fikir
tapi ingat..duit itu kita perlu untuk dapatkan semuanya..tapi..bukan segalanya...
kita boleh lalui..jangan risau..kita kuat..trust me..trust ALLAH..trust yourself.
the person will always next to you,
yana
aku rasa sebut ketumbuhan tu lebih sedap dari kanser kan..aku tak tahu apa beza nya tapi bila sebut ketumbuhan..seolah macam ada matahari waktu pagi..segar dan penuh harapan..semoga tidak hujan di hari petang

No comments:
Post a Comment