: : My wishList : :

pinky car
Gimuk Sehat
M.A.F buat rawatan
M.A.F Sihat INSYA'ALLAH
RANGE ROVER
KAHWIN WINK WINK
UMRAH
DAPAT BALIK LENOVO,LAPTOP ADIK DAN DUIT .ALLAH MUDAHKAN
ORANG YANG MENZALIMI DI ADILI ALLAH

Kenapa sensitif


Salam...

pernah tak lalui dimana orang yang kita sayang "tidak sempurna" seperti orang lain.tidak sihat seperti orang lain tak kira la sama ada keluarga,kawan atau seseorang
bersabarlah..
beberapa hari ni faiz agak sensitif.kadang ok kadang macam nak marah.dengan masalah yang bertimpa ni aku pasti faiz serabut tambah dengan kesihatan yang tak mengizinkan
Selalu orang yang kurang sihat sangat sensitif kerana :
  •  putus harapan
  • merasakan diri tidak berguna
  • terlalu fikir negatif tentang penakitnya
  • merasa tidak disayangi
  • merasakan diri menjadi bebanan orang lain


 

hakikatnya...bagi aku sikit pun dia bukan beban..cuma kadang memang penat.waktu tuh memang akan cakap yang bukan-bukan .bukannya sebab tak sayang.kadang aku sendiri rasa aku teruk.tak mampu nak meluangkan lebih masa untuk dia.kalau ikutkan hati nak je aku ada 24 jam dengan dia.tapi apakan daya..pertalian yang ada cukup membataskan..
cuma berharap segala kesulitan ini akan segera berlalu...

satu aku minta dari dia,..TOLONG SIHAT! paling aku harap kan...

sekiranya sesiapa yang ada dalam situasi aku ni.tolong..tolong jangan down atau tinggalkan orang tersebut.dia sangat perlukan kita,teruskan bagi semangat.(frust..aku hanya mampu bagi semangat melalui mesej).yakinkan dia.ajal di tangan tuhan.sakit tuh bukan penyebabkan kematian sahaja.tapi kadang ia ujian.semoga begitu hendaknya.semoga umurnya panjang.semoga apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti itu bersama redhaNya...

kadang aku seolah putus harapan.kadang terasa dan kadang kecewa.tapi sentiasa maaf kan dia..ingat waktu dia lebih sihat dari sekarang.aku seorang yag sangat baran.bila tersilap kata atau perbuatan.aku minta maaf dari dia..dia akan cakap "bie dah lama maafkan sayang" mungkin dia tahu baran itu kelemahan aku.jadi dia maafkan dan terima seadanya.kenapa aku tidak pula bila disituasi dia yang kurang mengizinkan ini.kadang ayat dan perbuatan dia mengguris aku..aku tak mampu maafkan dia???.jiwa dia terlalu rapuh dan lemah.aku faham .dan akan cuba terus memahami..
cuma bie...sayang paling takut kalau antara kita sayang yang pergi dulu..jadi bie kene kuat.kalau kita tak jumpa sehari jangan rasa sunyi.takut selamanya sayang tak mampu menemani

No comments:

Post a Comment