
sehitam hari semalam
kini mentari menerangi
langkah yang longlai masih diteruskan
walau kadang tersepak menyembah bumi
kusangka panas itu hingga ke petang
tetapi gerimis tiba tanpa disedari
terasa kaki semakin goyah
terus berdiri walau menggigil
tentang jiwa ku
bersabar dan berdiri teguh disitu
ombak akan terus membantai mu
angin bukan sepoi selalu
walau beribu camar menghalang ku
terus ku berdiri megah
di sisimu
tentang jiwa ku
bukan separuh hatiku
kerna itu boleh diganti
bukan separuh jantungku
kerana itu ada yang boleh menemani
tentang jiwa ku
jika kau pergi
matilah aku
terus bertahan
melawan dugaan mu
bersabarlah tentag jiwaku
sabar itu pintu kejayaan bagi orang sepertimu


No comments:
Post a Comment