: : My wishList : :

pinky car
Gimuk Sehat
M.A.F buat rawatan
M.A.F Sihat INSYA'ALLAH
RANGE ROVER
KAHWIN WINK WINK
UMRAH
DAPAT BALIK LENOVO,LAPTOP ADIK DAN DUIT .ALLAH MUDAHKAN
ORANG YANG MENZALIMI DI ADILI ALLAH

Allah tabahkan dirinya


salam..

seminggu faiz ada di penang..beraya sakan kononnya kami..langsung tak hirau plan yang aku susun nak pergi beraya semua nya dah bertukar arah.masing-masing ada agenda.lahai..
kemarin selamat faiz balik.ralat bila difikir kan balik..sepanjang tempoh seminggu tuh ada juga aku bermasam muka dan tinggi suara.sabarnya faiz dengan kerenah aku
kali ni faiz dah selamat sampai..hari pertama kerja selepas seminggu cuti..mood entah kelaut.teringat faiz
faiz ada mengadu,rakan sekerja semuanya respon negatif dengan dia.sedih aku dengar..
ya allah..kalau la diorang tahu apa yang faiz lalui..
sakit hati aku.kenapa macam tuh layanan diorang..
aku faham..faiz tak sihat..tak sihat macam orang lain.jadi banyak aktiviti dia terbatas..terutamanya driving.. tak apa..aku cuba memahami..paling menyakitkan hati bila tempoh faiz disini..hotel yang faiz sewa masuk bilik dan kemas..diorang buang ubat faiz (sedangkan tak tempoh check out pun).dalam waktu tuh..tuhan je yang tahu risau nya aku kat dia..takut kalau apa-apa yang terjadi..
hidung dia kerap berdarah..kali ni lepas ubat da tak der..hidung dia adakala berdarah..tapi kali ni berketul sedikit..mata dia sedikit kabur kadangkala
aku buntu..apa yang aku patut buat..saat ni..saat dia tahu dia tak macam orang lain..saat ketumbuhan tuh semakin galak membesar..saat ini..kawan-kawan mula menjauhkan diri..atas salah faham yang kecil..atau juga disebabkan marah bila ditanya tentang hutang..mereka tinggalkan faiz..
disaat golongan yang sepatutnya kita hormati berfikiran sinikal berkata perkara yang menyakitkan negatif dan buat aku benci layanan mereka kat faiz..sindiran..boikot..
marahnya aku

Allah tabahkan lah hatinya..sesungguhnya dia insan yang kau pilih untuk menghadapi ujian mu
maka berikan kekuatan pada dirinya
berikan peluang pada dirinya
aku perlukan dia

No comments:

Post a Comment