dalam dunia ne..sesiapa yang dah kahwin mesti teringin nak memiliki anak sendiri..malah yang masih bujang pun ada yang ambil anak angkat.bagi aku anak ni satu anugerah tak kisah la anak kandung ke anak angkat ke atau anak tiri..walaubagaiman pun ada pro dan con nya dalam pengambilan anak angkat,bukan senang untuk kita menghukum sesuka hati atau mengeluarkan kata-kata..apepun aku percaya orang yang ambil anak angkat,yang mengasihi anak tiri atau yang menyayangi anak kandung..dimurahkan rezeki..
kisah anak angkat 1
sepasang suami isteri yang teringinkan anak lelaki,memandangkan anak pertama perempuan maka di ambil anak angkat lelaki..aku tak pasti tentang asal usul atau perwatakan si anak angkat ni cuma yang aku tahu awalnya ank angkat ni agak aktif orangnya tapi disebabkan dia tidak sihat dan selepas pembedahan dia menjadi kurang aktif.biasalah anak lelaki mana ada yang reti duduk diam atau lebih teratur berbanding anak perempuan,kemudian membesar dan menjadi tidak seperti diinginkan..maksudnya dari segi pelajaran dia agak lemah berbanding yang lain.sewaktu tempoh pembesaran,walau cukup makan pakai tapi dari segi kasih sayang tuh kurang,kalau sambutan hari lahir pun seingat aku darjah ketiga,malah selalu juga ditinggalkan ketika keluarga yang lain pergi bercuti (waktu ni anak angkat sudah besar) malah kesihatannya yang kurang stabil pun tidak beberapa diberi perhatian walau boleh menepah maut..memang si anak tertanya disebabkan tiada gambar bayi ketika dilahirkan dan tarikh hari lahir dia juga tidak diingati hanya beberapa hari selepas tuh baru ada ucapan dan mereka sering terlupa..sehingga satu hari di sebabkan si kakak telah melepaskan rasa tidak puas hati,maka terjawab la pertanyaan..memag benar dia anak angakt dan tidak terkejut jika sering diabaikan.malah terpaksa berdikari,termasuk perbelanjaan waktu sambung belajar pun semata dari pinjaman sedangkan adik-adik yang lain dapat duit bulanan dari sang ayah malah di belikan kereta sebagai kemudahan..sob sob sob..poor guy.apepun dia agak mendengar kata dan kurang membantah kata-kata berbanding adik perempuan (angkat)
**aku percaya..even kalau dia tak diambil anak angkat dan mereka miliki anak lelaki sendiri pun..mungkin si anak kandung tuh akan jadi jauh lebih baik seperti anak yang lain atau mungkin jauh lebih rosak
kisah anak angkat2
ada seorang suami isteri ni di sekitar kawasan tempat aku,pasangan ni dari kalangan orang yang berpengaruh dan dikenali juga disebabkan pangkat dan harta,aku pernah juga bersembang dengan isterinya..yang selalu gelarkan dirinya aunty..selalu bercerita tentang rumah (yer la rumah mahal,cantik,besar) huhuhu. dia juga selalu cerita kan tentang anak kedua nya..lelaki..anaknya dihantar ke sekolah international..kiranya sekolah tuh semua anak orang kaya,anak orang putih je disitu..kalau aku buh nama tuh kompem orang boleh tahu..aku tengok anak lelaki yang belajar di sekolah international ni warna kulit dia lain sikit,dengan rambut yang kerinting,boleh dikatakan category kurang kachak..tapi for sure la perempuan akan suka juga si ayah tuh orang yang ehem sangat-sangat kaya dan berpengaruh..anak datuk weh..sampai satu hari si pembantu rumah ada bercerita..orang kaya ni punya 3 orang anak,2 lelaki seorang perempuan,tapi hanya yang sulung yang anak kandung yang lain nya ank angkat dan di hantar di sekolah international malah mampu bertutur dalam bahasa english dengan baik (aunty selalu puji anak dia pandai speaking) tapi anak kandung tu..ermmm penagih dadah..sayang kan..jadi siapa cakap jika kita punya baka yang bijak pandai keturunan kita juga begitu???? siapa cakap anak angkat tuh memang tak berpontesi????
kisah anak angkat 3
di kampung aku ada sepasang suami isteri,aku tak pasti berapa tahun dah mereka kahwin mungkin dalam 6, atau 7 tahu juga tapi tak dikurniakan anak.jadi pasangan ni ambil pendekatan untuk ambil anak angkat,,memang pasangan ni happy sangat bila dapat si anak ni..masa berlalu..anak ni masuk tadika..waktu tuh si keluarga kandung tu cuba nak ambil balik..si ibu angkat ni fight habis-habisan mempertahankan anak angkat yang disayangai..masa berlalu..pasangan mungkin berkat kasih sayang pasangan ni pada anak angkat dan sebagai ujian Allah kurniakan pasangan ni anak sendiri..tengok kuasa Allah...bila dah memiliki anak sendiri si ibu angkat mula membandingkan kasih sayang.si anak angkat banyak salah nya,sering dimarah dana dan yang tak kena walaupu selalu membantu ibu angkat nya berniaga..semua serba tak kena dna jadi kesalahan..entah tiba-tiba si ibu angkat ni jatuh sakit,badan yang berisi mula susut..waktu tuh dia mula sedar kesilapan dia..dia mula menyayangi anak angkat tuh kembali.alhamdulillah sekarang si ibu sudah sihat,malah dapat anak kembar lagi.anak angkat tuh perempuan sekarang dah berumur 18tahun kalau tak silap..cantik orangnya..
artis pun ada yang ambil anak angkat malah aku tengok masih layan elok,tiada diskriminasi walau dah miliki anak sendiri..bukan orang melayu pun,,aku bercakap tentang orang bukan melayu (tak nak kaitkan agama?)

artis malaysia pun ada yang ambil anak angkat...stacy,misha omar,umie aida,almy nadia dll



salute la..
semoga pegang amanah ni dengan seikhlasnya
No comments:
Post a Comment