: : My wishList : :
Welcome April
march nampak nya akan melabuh tirai cotton nya dan kelihatan tirai April kali ni lebih berat dari besi..semua orang tahu April akan jadi permulaan nya GST..walaupun diwar-warkan betapa tepatnya GST dilaksanakan seiring dengan misi,visi untuk menggenggam kemajuan bagi aku 1 April bagaikan satu tarikh di mana kita semua di perbodohkan..adakah GST ini adalah satu jenaka sahaja? atau betul-betul dilaksanakan?
ye..tiada bantahan..GST dilancarkan tepat pada masa, dilancarkan seperti mana "fat man" yang dilancarkan di Nagasaki pada tahun 1945 sebenarnya ramai yang yang dah terlalu lemau untuk mengharungi dan menghadapi serangan bertalu-talu "little boy"..kita tak ubah seperti penduduk Hiroshima yang ketakutan,kayu,dan kaku..tak ada apa yang boleh dilakukan..seperti leher yang ada besi..sekiranya bersuara akan cedera..
kenapa tepat? disaat ni ringit jatuh merudum, hutang yang meninggi itulah...makna yang disebalik "tepatnya waktu GST" .tapi yang mangsa nya kita..terutama yang kerja swasta..ada yang kerja bagus,kualiti tip top tak der ngular sana sini..tapi terpaksa diberhentikan atas dasar ekonomi negara yang kurang stabil..saat ni beruntunglah kaki dan tangan kerajaan yang tak perlu fikir..sekiranya berpontensi di berhentikan walaupun dicekup berulang kali membeli belah di jaya jusco,aeon big,econsave,tesco dan lain-lain
tapi bukan aku nak cakap tentang "rezeki" masing-masing.bukan juga aku nak cemburu hanya kerana masa aku bekerja dengan syarikat pelabur membuat aku lebih berdisiplin,perlu punctual masa dan kerja,perlu menghadap permintaan klien pelabur asing yang very-very high demand..sebab aku tahu dalam 1000 kakitangan kerajaan masih ada beberapa kerat yang betul..tapi masalah...bila betul..disitu kita akan disingkirkan,,
berbalik pada GST...kalau aku mengeluh banyak-banyak orang akan kata tidak bersyukur..kerana ada manusia yang berfikiran "rata" dia cuma nampak lurus terus ke arah impian dia yang sebenar...contoh.. "KAHWIN" so..GST,little boy,old man or whatever ape sahaja..selagi dia punya kerjaya..dan gaji yang sebenarnya tidak setara dengan cukai bla bla bla..dia berpuas hati..and,,,impian dia cuma pasangan..dan kahwin..seolah terlupa..akan hadapi lebih lagi bebanan hidup..kos kehidupan yang tinggi
aku tak salahkan GST..tapi aku salahkan mereka yang jadikan GST sebagai medium untuk mencekik lebihan peluh para miskin di negara ni..jangan kuku besi sangat kerana antara tanda - tanda kiamat dimana... pemimpin kuku besi (pemerintahan yang tidak adil dan zalim) dan dimana yang miskin semakin miskin dan yang kaya akan menjadi kaya..
sekiranya GST ini tak mampu untuk menaikkan nilai ringgit,tak mampu untuk mengurangkan jumlah hutang..yang miskin makin dipijak..dan yang kaya..makin bermaharajalela..hentikanlah..murka Allah lebih hebat dari murka manusia biasa yang riak dan angkuh hanya kerana status,keturunan dan pangkat...
nilai kemiskinan semakin tinggi,bukan suka berhutang..tetapi kos hidup terlalu tinggi..tidak sedikit pun setaraf dengan gaji
mungkin ayat aku sedikit carca merba..kosong pasal "kebaikan" GST yang diwarkanwarkan..tapi kenapa..aku mula terasa..April..seolah mencekik dan berat di dada..
Belajar untuk diam
masa itu pengubah segalanya..adalanya dia menjadi penawar kadang dia jadi racun yang makan diri...kalau ikut kan rasa hati aku sendiri tak tahu nak ungkapkan bagaimana dan apa yang aku rasa..aku sendiri keliru..aku cuba terima apa yang aku ada..tak memikir yang sebelumnya tidak juga cuba membandingkan apa adanya..setiap apa yang terjadi ada hikmahnya..aku manusia biasa...aku cuma nak rasa tenang dan bahagia...dalam kecelaruan dan penting diri aku mula tinggalkan semua..aku mula hilang satu persatu apa yang aku miliki....masa tu berjalan..adakah dengan apa yang cuba dibaiki boleh diperbaiki???
satu persatu orang yang ada..mula jauhkan diri..aku terasa asing..aku tak tahu pokok pangkal masa depan aku..berharap pada sesuatu dan aku sendiri tak pasti betul ...seolah sekarang hidup aku tak ada hala tuju....aku takut nak meletakkan harapan tinggi..lantaran sering kecewa..kita manusia hanya mampu merancang...aku tak pernah terlalu kecewa dengan kegagalan hidup dalam merencana sebegini luka....
salahkan aku..dan aku bersalah atas entri ni...
bencilah aku dan membenci aku dengan kata di dalam ni
aku manusia biasa...manusia biasa...aku juga terlalu penat bila...............
aku pilih untuk diam!
satu persatu orang yang ada..mula jauhkan diri..aku terasa asing..aku tak tahu pokok pangkal masa depan aku..berharap pada sesuatu dan aku sendiri tak pasti betul ...seolah sekarang hidup aku tak ada hala tuju....aku takut nak meletakkan harapan tinggi..lantaran sering kecewa..kita manusia hanya mampu merancang...aku tak pernah terlalu kecewa dengan kegagalan hidup dalam merencana sebegini luka....
salahkan aku..dan aku bersalah atas entri ni...
bencilah aku dan membenci aku dengan kata di dalam ni
aku manusia biasa...manusia biasa...aku juga terlalu penat bila...............
aku pilih untuk diam!
Untuk yang takkan pernah lupa
minggu lepas...
aku rasa macam satu tamparan yang terlalu hebat,mungkin seolah awan di langit yang jatuh menghempap dada..untuk menghadapi kenyataan dan kebenaran yang selama ni acah-acah ya atau tidak..
"kebenaran itu selalunya pahit tapi lebih baik dari kemanisan sebuah penipuan"
mengetahui kedudukan,status sebenar yang selama ni masih was-was kebenaran..ya ke..ya ke memang macam tuh..even sebenarnya aku macam "harap-harap tidak,harap-harap ini semua satu jenaka yang tak lucu langsung" tapi cuba wat lawak kurang cerdik..aku tahu grey worrior rasa drop sangat..dia sedih..silap aku..aku marah dia..aku suruh dia move on..macam mana orang yang terjatuh terseliuh nak cepat terus berjalan? sakit bukan? but there is no other way..bangun dan bergerak..sebab grey worrior kene tahu..tak ada orang lagi disisi dia yang nak tolong ubati "sakitnya terseliuh " tu..
aku cuma mampu untuk disisi.menjerit dan terjerit konon dengan kata negatif aku dapat bakar semangat dia..
sabarlah..Allah bagi ujian bukan sebab dia benci..bukan sebab dia meluat atau dia tak suka..sebab dia sayang..sayang sangat..
tanamkan semangat..untuk terus melangkah..biarpun jatuh terduduk juga berkali-kali lebih baik orang yang hanya sampai di garisan penamat dalam kereta sorong..
be diffrent..dunia terasa beze,jauh dan janggal..aku yang tiada kaitan pun terasa,,orang kata cubit paha kiri paha kanan pun rasa pedih..macam tu juga aku..
grey worrior ada lahirkan rasa sedih dia..sedih nya aku sampai menitis air mata..dugaan apa yang akan datang lagi..aku rasa grey worrior sudah terlalu sangat sangat kasihan..dengan status "pesakit ketumbuhan otak" kini dia memegang status lain..berat..jiwa aku yang padat,sakit dan sesak..jiwa rasa terseksa dan terlalu terluka..inikan hati aku..bagaiman kalau aku di tempat dia??
Tapi perancangan Allah tuh lebih sempurna...sangat sempurna..hari yang sama dia menerima hakikat itu..dalam hati sedikit terluka..tiba-tiba kawan yang lama menghilang muncul..persoalan tu lebih penting jawapannya..aku kira kemunculan panggilan tu sedikit sebanyak merawat hati grey worrior..dalam hidup dia tak ada insan yang "mampu" buat grey worrior seceria tu..dia bercerita dengan senyuman dan nada yang girang seolah terlupa..kisah sedihnya..kan..Allah uji grey worrior..tapi Allah hadiah dengan sesuatu yang lebih berharga dari tu..
Amar...azman..manusia yang selalu ada dengan grey worrior,,
insya'allah...semoga grey worrior akan menjadi grey survivor,,,
pray for braincancer
with love and ayat pening,.,,
from your garang gegel..hahaha
poligami?
sebut "poligami" rata-rata wanita menolak..ehemm..menolak bukan sebab tolak kononnya lelaki gelarkan dalil la,sunnah lah..bukan bukan..first aku nak tanya..kau husband dia..dan kau memang ada hak nak kahwin 2,3 atau 4..tapi ada kau kisah tentang perasaan isteri kau? wanita yang bersusah payah terima kau waktu kau naik motor ex5 secondhand? waktu kau datang jumpa mak bapak dia duit kau dua tiga keping je tu pun kaler merah? wanita yang dulu zaman anak dara kemain slim berpotongan model sanggup korbankan saiz badan semata demi untuk mengandungkan dan melahirkan anak kau?? wanita yang sanggup berjimat cermat sebab tak nak bebankan kau bayar sewa kereta,rumah,mengasuh,bil api air,barang dapur malah wanita ini yang sepatutnya berada di rumah tapi keluar bekerja semata nak membantu kamu? apa yang kamu fikir tentang dia??? wanita yang sudah tidak menarik dan membosankan...jadi kau mula cari alasan untuk merasa tubuh lain yang kononnya tak membosankan?
tak malu kah kau..kau ingin tambah cawangan dua,tiga atau empat tapi setiap cawangan bekerja membantu mu? ewah ewah..dah nama bini kena la bantu suami..begitu pula??dah macma dayus kalau ada statement macam tuh..seolah nak katakan "ya aku tak mampu tuh pasal bini aku kena tolong aku cari nafkah"
ada yang cakap..kalau tolak poligami tuh bermaksud tolak sunnah..kau tau sunnah tuh ape bro? sunnah tu perkara/benda yang selalu nabi kita buat..kau nampak dia poligami..tapi kau rabun kan pula mata kau tentang isteri pertama baginda yang bersusah payah dengan baginda waktu baginda terima wahyu..dan waktu baginda mula-mula nak sebarkan agama kita..kiranya situasi sekarang..macam kau kerja..susah payah kau..isteri kau la yang ada support,jaga makan minum kau,sihat mati kau..
waktu baginda dengan isteri pertama baginda..tak ada pun baginda berpoligami.disebabkan terlalu sayang dan terlalu menghargai pengorbanan saiditina khadijah...itu kau buta kan mata kau
kalau dah nama sunnah buat yang simple dulu yang tak payah nak keluar duit..tak buat tak dapat pape buat dapat pahala..contoh qiamullai...ermm dalam seminggu berapa puluh kali kau bagun qiamullai? hat ni pun nabi kita selalu juga buat..ok la mungkin kau akan rasa ermm berat nak kene bangun sedangkan 6,7 pagi kau bersiap-siap pakai baju yang isteri kau iron,makan sarapan yang isteri kau masak kau kene kerja kan..yang simple lagi..dalam sebulan berapa kali kau khatam al-quran? ermm tebal pula..nak habiskan dalam masa sebulan..paperwork banyak nak buat..kemah keming surat poligami kemain kau sanggup turun naik nak dapatkan..baik baik baik..benda paling simple as pimple....
sepanjang kau kahwin berapa banyak sen duit bini kau..kau sapu? kalau dia offer pun nak tolong kau..tapi berbekal kan niat suci murni kau nak berpoligami..baik kau pakai topeng tutup muka tanda malu..nak bagi nafkah pun kau tak mampu..lagi minta kudrat isteri..sudah la pagi kau bangun pukul 6,dia bangun pukul 4,semata nak jerangkan kau air panas (sekarang pakai heater sudahhh) semata nak sediakan stokin,tie,beg kerja,sarapan kau..tuh belum kira anak-anak..yang kau atas katil kemain mimpi basah lagi..pukul 7.30 sama-sama keluar ke tempat kerja.kau hantar bini kau (yang ni aku tabik spring..suami mithali) di tempat kerja.masing-masing mengadap bos..kalau nasib baik..mungkin kau atau bini kau tak kene maki langsung..kalau mood bos masing-masing mendung..telan lah sakit hati tu..balik kerja kau ambil bini kau (sekali lagi tabek spring patploh kali kat kau) sampai rumah kau tukar baju,mandi rehat tengok tv,baca paper tunggu makan malam..perghh banyak kerja kau..bini kau..mandikan anak,lipat kain baju,kemas rumah,masak makan malam,mandi,dah makan malam nak kemas dapur,basuh baju,sidai baju,prepare baju kerja kau,dia,anak-anak,susu anak,iron baju..(waktu ni kau tengah landing atas katil dan bini kau mandi peluh mengadap iron)..dah siap-siap..dodoikan kan anak..baru masuk tidur.. (Waktu ni mungkin kau dah tidur)..esok pagi bermula episod yang sama ..dan bila gaduh...
kau : abang letih tau kerja,kene marah lagi..dah la tiap hari kena hantar dan ambil awak.ingat abang ni tukang gaji ke????
bini : WTF DIA SEORANG JE KER YANG KERJA? (dalam hati jer...)
dan waktu tu nafsu kau memuncak macam gunung everest,,kalau dapat bini lagi sorang kan syiokkkk..boleh tukar-tukar selera..dah kau buat bini kau macam menu lauk pula..
ok la..kalau kau nak kahwin sangat,kau nak tuntut sangat hak kau sebagai suami..boleh tak der masalah..asalkan kau bagi hak isteri pada isteri kau.tempat tinggal yang selesa,kemudahan,cukup makan.duit poket yang cukup,stay dirumah tak yah kerja..tugas isteri layan suami je..kau ambilkan bibik sorang.kerja rumah semua bibik yang punya..then silakan kahwin..tapi kalau kalau nak bagi duit poket yang cukup sampai tak memaksa bini kau nak kasihan dengan kau sehingga dia offer nak kerja..better kau tanam dalam-dalam niat suci kau nak poligami tu..cukup-cukup lah kau naya bini kau suruh buat macam-macam dan atas dasar kasih tercipta seperti tajuk lagu faizal tahir..dia sanggup korban kan tenaga,cutting(muaahahah) masa,kudrat semua hanya untuk sang suami tercinta..
hargai lah..isteri yang banyak korban untuk kau wahai sang suami..kau suka tak mak kau ada madu lepas tu mak kau nangis mengadu..hurm,,,,duit dapur tak cukup ayah kau bagi,mak terpaksa gadai cincin kawen mak..kau suka tak? kau marah tak? bila ayah kau kawen lain..sedang kan kau duduk di rumah flet yang tinggi di langit? atau di rumah teres 1 tingkat tapi masih dalam loan?? last-last mak kau kene cover??
aku bukan nak bebankan niat suci kau..tapi kalau kau sendiri sebenarnya tak mampu..kahwin sebab bini-bini kau tanggung serba sikit..sekali lagi tanamlah niat kau..jangan aniaya orang dengan niat suci kau.jangan jadikan sunnah sebagai alasan bila kau sendiri jumaat sebulan pasti ada skip sekali..nak baca yasin seminggu sekali pun liat..persoalan...larat kah kau nak tanggung dosa kau,anak-anak kau dan bini bini kau?
pilihan di tangan anda...
ingat wanita boleh tarik 3 golongan lelaki dalam neraka.suami,anak lelaki/abang atau ayah...
jangan main-main nak sedap je dengan poligami


kalau kau boleh buat macam orang di atas ni..aku rasa tak der isteri yang bantah..
SORRY aku bukan la alim ulamak..bercakap mungkin dengan kosong..aku tak salahkan poligami sebab aku tahu niat kenapa nabi kita berpoligami dahulu.tapi masalahnya sekarang kau(suami zaman sekarang) putar belitkan "kesucian" poligami semata nafsu kau.akhirnya yang menjadi mangsa isteri kau yang dah banyak berkorban..ibarat madu habis manis sepah dibuang..kau letakkan rendahnya nyer akal pemikiran dan iman kau..kau menzalimi orang..aku tak la label semua suami yang poligami tu nafsu tinggi..yang mana niat betul..kita boleh tengok..bahagia je kan..tengok la suami diorang sama..bukan yang jenis huhuhaha...nampak tawaduk nya..
aku ingat bos aku berbangsa jepun beragama non muslim dia cakap " nak jadi melayu la boleh kahwin 4"
u see macam mana lelaki melayu tonjolkan "poligami" tuh di mata orang bukan islam yang tak tahu pape pasal poligami?
all about lust! syiok-syiok! sedap-sedap!
because u happy...clap along...bla bla bla..
anak angkat

dalam dunia ne..sesiapa yang dah kahwin mesti teringin nak memiliki anak sendiri..malah yang masih bujang pun ada yang ambil anak angkat.bagi aku anak ni satu anugerah tak kisah la anak kandung ke anak angkat ke atau anak tiri..walaubagaiman pun ada pro dan con nya dalam pengambilan anak angkat,bukan senang untuk kita menghukum sesuka hati atau mengeluarkan kata-kata..apepun aku percaya orang yang ambil anak angkat,yang mengasihi anak tiri atau yang menyayangi anak kandung..dimurahkan rezeki..
kisah anak angkat 1
sepasang suami isteri yang teringinkan anak lelaki,memandangkan anak pertama perempuan maka di ambil anak angkat lelaki..aku tak pasti tentang asal usul atau perwatakan si anak angkat ni cuma yang aku tahu awalnya ank angkat ni agak aktif orangnya tapi disebabkan dia tidak sihat dan selepas pembedahan dia menjadi kurang aktif.biasalah anak lelaki mana ada yang reti duduk diam atau lebih teratur berbanding anak perempuan,kemudian membesar dan menjadi tidak seperti diinginkan..maksudnya dari segi pelajaran dia agak lemah berbanding yang lain.sewaktu tempoh pembesaran,walau cukup makan pakai tapi dari segi kasih sayang tuh kurang,kalau sambutan hari lahir pun seingat aku darjah ketiga,malah selalu juga ditinggalkan ketika keluarga yang lain pergi bercuti (waktu ni anak angkat sudah besar) malah kesihatannya yang kurang stabil pun tidak beberapa diberi perhatian walau boleh menepah maut..memang si anak tertanya disebabkan tiada gambar bayi ketika dilahirkan dan tarikh hari lahir dia juga tidak diingati hanya beberapa hari selepas tuh baru ada ucapan dan mereka sering terlupa..sehingga satu hari di sebabkan si kakak telah melepaskan rasa tidak puas hati,maka terjawab la pertanyaan..memag benar dia anak angakt dan tidak terkejut jika sering diabaikan.malah terpaksa berdikari,termasuk perbelanjaan waktu sambung belajar pun semata dari pinjaman sedangkan adik-adik yang lain dapat duit bulanan dari sang ayah malah di belikan kereta sebagai kemudahan..sob sob sob..poor guy.apepun dia agak mendengar kata dan kurang membantah kata-kata berbanding adik perempuan (angkat)
**aku percaya..even kalau dia tak diambil anak angkat dan mereka miliki anak lelaki sendiri pun..mungkin si anak kandung tuh akan jadi jauh lebih baik seperti anak yang lain atau mungkin jauh lebih rosak
kisah anak angkat2
ada seorang suami isteri ni di sekitar kawasan tempat aku,pasangan ni dari kalangan orang yang berpengaruh dan dikenali juga disebabkan pangkat dan harta,aku pernah juga bersembang dengan isterinya..yang selalu gelarkan dirinya aunty..selalu bercerita tentang rumah (yer la rumah mahal,cantik,besar) huhuhu. dia juga selalu cerita kan tentang anak kedua nya..lelaki..anaknya dihantar ke sekolah international..kiranya sekolah tuh semua anak orang kaya,anak orang putih je disitu..kalau aku buh nama tuh kompem orang boleh tahu..aku tengok anak lelaki yang belajar di sekolah international ni warna kulit dia lain sikit,dengan rambut yang kerinting,boleh dikatakan category kurang kachak..tapi for sure la perempuan akan suka juga si ayah tuh orang yang ehem sangat-sangat kaya dan berpengaruh..anak datuk weh..sampai satu hari si pembantu rumah ada bercerita..orang kaya ni punya 3 orang anak,2 lelaki seorang perempuan,tapi hanya yang sulung yang anak kandung yang lain nya ank angkat dan di hantar di sekolah international malah mampu bertutur dalam bahasa english dengan baik (aunty selalu puji anak dia pandai speaking) tapi anak kandung tu..ermmm penagih dadah..sayang kan..jadi siapa cakap jika kita punya baka yang bijak pandai keturunan kita juga begitu???? siapa cakap anak angkat tuh memang tak berpontesi????
kisah anak angkat 3
di kampung aku ada sepasang suami isteri,aku tak pasti berapa tahun dah mereka kahwin mungkin dalam 6, atau 7 tahu juga tapi tak dikurniakan anak.jadi pasangan ni ambil pendekatan untuk ambil anak angkat,,memang pasangan ni happy sangat bila dapat si anak ni..masa berlalu..anak ni masuk tadika..waktu tuh si keluarga kandung tu cuba nak ambil balik..si ibu angkat ni fight habis-habisan mempertahankan anak angkat yang disayangai..masa berlalu..pasangan mungkin berkat kasih sayang pasangan ni pada anak angkat dan sebagai ujian Allah kurniakan pasangan ni anak sendiri..tengok kuasa Allah...bila dah memiliki anak sendiri si ibu angkat mula membandingkan kasih sayang.si anak angkat banyak salah nya,sering dimarah dana dan yang tak kena walaupu selalu membantu ibu angkat nya berniaga..semua serba tak kena dna jadi kesalahan..entah tiba-tiba si ibu angkat ni jatuh sakit,badan yang berisi mula susut..waktu tuh dia mula sedar kesilapan dia..dia mula menyayangi anak angkat tuh kembali.alhamdulillah sekarang si ibu sudah sihat,malah dapat anak kembar lagi.anak angkat tuh perempuan sekarang dah berumur 18tahun kalau tak silap..cantik orangnya..
artis pun ada yang ambil anak angkat malah aku tengok masih layan elok,tiada diskriminasi walau dah miliki anak sendiri..bukan orang melayu pun,,aku bercakap tentang orang bukan melayu (tak nak kaitkan agama?)


artis malaysia pun ada yang ambil anak angkat...stacy,misha omar,umie aida,almy nadia dll




salute la..
semoga pegang amanah ni dengan seikhlasnya
Labels:
anak angkat,
tiada rezeki
Subscribe to:
Posts (Atom)