: : My wishList : :

pinky car
Gimuk Sehat
M.A.F buat rawatan
M.A.F Sihat INSYA'ALLAH
RANGE ROVER
KAHWIN WINK WINK
UMRAH
DAPAT BALIK LENOVO,LAPTOP ADIK DAN DUIT .ALLAH MUDAHKAN
ORANG YANG MENZALIMI DI ADILI ALLAH

L.o.v.e vs c.a.n.c.e.r pt1

gambar ni di ambil di bukit bendera

aku dan faiz kenal melalui aplikasi beetalk.tuh first time aku shake..shake punya shake..ada satu id ni..akmal faiz tegur,serius awalnya aku kurang berminat sebab dia kelihatan terlalu menarik..bhahaha...dengan baju kemeja bunga nya..rambut yang macam roti bun..aku rasa ermm orang macam ni confirm high taste..

11 may 2014.. 11.52pm..
dia tegur aku hehe...dan awalnya ketika dia minta no fon aku..aku macam tak nak bagi..disebabkan waktu tuh aku cuma nak kawan hilangkan bosan dan ayat dia yang tak boleh nak lupa ..


"haha sembang2 ja"
"tak da niat nak mengorat pun "
"hahaha"

dari awal perkenalan faiz ada cakap " saya ada ketumbuhan waktu kecil,tapi dah operate"

aku tak ingat rasanya 2 minggu kenal faiz..faiz ada mengadu sakit kepala..kalau tak silap aku 2,3 hari juga abru sembuh sepenuhnya..bila ditanya faiz cakap.. "mak saya cakap kalau migrain memang akan sakit kepala di tepi kemudia kebelakang dan keseluruhannya baru akan hilang"
seumur hidup aku aku tak pernah ada kenalan yang ada sakit migrain atau kenalan yang bercakap tentang penyakit tu.aku tak tahu apa-apa
sampailah satu hari..kalau tak silap aku mungkin sebulan perkenalan..faiz tiba-tiba pengsan..dan aku dapat mesej dari kawan baik dia..Amar...
waktu tuh rasa terdiam..macam nak berlari sekuat hati nak berada disisi faiz..aku teruk aku tak melawat faiz pun... :(
waktu tu rupanya ketumbuhan faiz kembali.macam mimpi ngeri..sejak hari tu..aku kerap juga dapat mesej dari adik faiz beritahu aku faiz pengsan termasuk lah dengan hidung berdarah dan mulut berbuih..semua berpunca bila aku gaduh dengan dia...
doktor ada cakap " selepas ni..kalau faiz pengsan lagi.kemungkinan faiz akan koma.."
sekali tu aku gaduh dengan faiz.dan tiba-tiba faiz diam.bila kol tak dijawab..aku tak ingat mungkin waktu tuh dah hampir pukul 1..hanis mesej dan cakap ibu bapa faiz bawa faiz ke hospital..aku menangis sambil peluk dora dengan kuat
berdoa faiz akan bagun.aku takut faiz koma..aku takut..mata bengkak..dan aku terlelap sebegitu..pagi tu aku dapat mesej dari hanis.faiz belum sedar..hanis cakap "hari ni rasa lain.tak macam selalu..selalu abang akan usik hanis pagi-pagi"
aku menangis..tak ada mesej atau miskol yang kejutkan aku..tersa terlalu sunyi dan janggal..sebaik sampai di tempat kerja hampir pukul 8 hanis kol aku..aku tak jawab sebab aku naik moto..hanis hantar mesej dan cakap faiz dah sedar..rasa macam nak menangis..air mata bertakung..tapi disebabkan aku dah berada di tempat kerja aku tahankan juga sebak..no faiz naik lagi...aku jawab..dihujung talian dengar suara faiz yang terlalu perlahan dan penat..ya allah sedihnya..setiap kali faiz pengsan dan terjaga faiz akan cepat-cepat kol aku..dan suara dia terlalu lemah dan perlahan..

ape yang aku bangga kan dengan faiz..walaupun doktor cakap..faiz akan koma..dan dua kali selepas itu faiz masih boleh terjaga dan ke tempat kerja...alhamdulillah..dipermudahkan..semangat faiz dan redha Allah bersama..semoga semangat faiz untuk terus hidup akan terus bercambah dan mekar :)

YA ALLAH YA TUHANKU..SEMBUHKANLAH FAIZ..PANJANGKAN UMURNYA.PERMUDAHKAN URUSAN KAMI DAN RINGANKANLAH JODOH KAMI..AMIN

No comments:

Post a Comment