: : My wishList : :

pinky car
Gimuk Sehat
M.A.F buat rawatan
M.A.F Sihat INSYA'ALLAH
RANGE ROVER
KAHWIN WINK WINK
UMRAH
DAPAT BALIK LENOVO,LAPTOP ADIK DAN DUIT .ALLAH MUDAHKAN
ORANG YANG MENZALIMI DI ADILI ALLAH

La Tahzan innallaha ma'as sobirin


hari ni faiz ajak aku keluar makan..serius badan masih kekal sengal dan sakit-sakit.plus hari-hari aku keluar..aku rasa malas dan penat.mula aku naik angin.sepatah ditanya sepatah dijawab..kemudian faiz cakap dia nak rehat.tak keluar tak per..kebetulan makcik aku nak ke majlis baby shower cucu jiran aku..ermm kemain lagi..baby shower dowh...sound sweet akikah la...
jadi bila hantar makcik aku patah balik ambil faiz bawa pergi makan..disebabkan aku and adik aku dah pun melantak di rumah kami dua kekenyangan..faiz je makan..adakala faiz akan bertanya soalan..tapi..banyak masa dia lebih diam...
kemudian..lalu di hadapan kubur..aku parking di kawasan masjid berdekatan kubur.faiz tunjukkan aku kubur...aku rasa marah..tak lucu langsung oke!

aku tahu faiz bersedih,risau...faiz membilang hari..serius..aku sangat sangat sangat kecewa bila hanis tak dapat datang jumpa faiz..tak dapat datang jumpa aku..atas sebab tertentu..urmm..sedih sangat...aku selalu cuba lupakan diri aku tentang penyakit faiz..tapi faiz makin hari makin tak larat..aku rasa di atas kepala faiz ada satu ketulan kecil..kecil tapi menyakitkan..urmmmm aku nak faiz sihat..aku nak jadi macam orang lain..teringat waktu perkenalan kami..waktu tuh faiz masih kuat.masalah penyakit faiz yang kembali tumbuh tuh faiz simpan rapi..serapinya..sehinggalah satu hari...faiz jatuh pengsan..

ni status dari seorang anak..yang mak dia penghidap kanser payudara..buat aku teringat arwah makchaq.. :"(...aku dah rasa peritnya nya ditinggalkan oleh orang yang aku sayang..aku takut..
 
2, 3 hari ni macam2 makanan mak mintak aku buat... mak teringin nak makan... mula2 mak teringin nak makan bihun goreng, bengkang roti, lepas tu teringin nak makan tom yam... tadi mak sebut teringin nak makn ikan cencaru letak sambal.... mak cakap... mak teringin nak makan macam2... macam arwah tok dulu... sebelum meninggal... teringin nak makan macam2... aku diam... mak cakap lagi 4 hari mak nak pegi check up... kalau boleh biar mak dapat makan apa yang mak nak sebelum selasa ni.... mak cakap lagi... mak nak awak cari keje cpt2... jangan risaukan mak... yang penting awak dapat keje... mak asyik fikir sapa yang nak jaga mak kalau mak operate nanti sedangkan mak terlupa, bila saat dah tak ada sesiapa di sisi kita, Allah sentiasa ada.... Allah tak pernah tinggal kita... jadi awak cari la keje cepat2... aku diam lagi.... anak mana yang tak tertekan bila mak cakap soal mati... kadang2 aku fikir aku sorang2 kena kuat untuk jaga mak.. aku lupa.. Allah ada... sentiasa ada dengan aku... aku kena kuat untuk mak... korang doakan mak aku selamat... mak aku suspek kanser...dah merebak ke usus... dan akan dibedah...2.12.2014 ni tarikh mak aku kena check up dgn pakar di alor star sblum operate... maybe akan dibuat di KL... atau maybe di buat di alor star...mak aku jugak pengidap breast cancer dan telah selamat dibedah pada tahun 2003.... just doakan yang baik2 untuk mak aku.. Wan Eshah binti Wan Hussin... dan sebagai anak y paling bongsu... korang doakan jugak aku kuat untuk jaga mak aku... terima kasih semua orang *doa senjata umat islam kan* assalamualaikum


terasa sebak..bagaimana seorang anak yang tengah berjuang nak menjaga ibu yang bagi aku seorang wira..melawan kanser macam tu jugak aku..aku cuma seorang insan biasa yang selalu terjatuh dalam sama-sama pegang tanga faiz fight penyakit faiz..kanser otak..dan faiz cakap mungkin sekarang dia dah berada di stage yang ketiga...aku takut nak kehilangan lagi..terlalu besar dan berat rasanya...aku takut..faiz janji dengan aku..bulan depan dalam 25 hari bulan..25 dis 2014 faiz nak masuk minang...dan awal tahun kami rancang mahu bina masjid..semoga panjang lagi peluang untuk aku dan faiz sama-sama merancnag masa depan...
 bie..ingat ni...
 "penyakit tidak semestinya penamat bagi kehidupan..ada yang sakit kemudian sembuh dengan izinNya..rahmatNya..semoga keajaiban tu milik bie...ada yang sihat tiba-tiba pergi..ajal itu rahsia dia bie..ujian tu aturannya..kita cuba sedaya upaya menghadapi ujian tu..kuatkan semangat.jangan lelah..bie kekuatan sayang..bie jalan sayang..bagi sayang bie segalanya..maaf sayang tak smpurna" 
 

Tadi petang aku ada bercakap telefon dengan faiz..di hujung talian nada faiz agak lemah..
aku dah tak mampu nak tahan sebak..sambil entri ni ditaip dari petang tadi..sambil aku google tentang penyakit barah otak ni..hati aku sebu..perasaan aku sebak...

aku : bie.sayang nak bie sihat..sayang tak nak bie sakit..sayang nak bie macam dulu..waktu kita jumpa..waktu kita jalan bie naik basikal..sayang nak bie yang dulu
faiz : bie macam dulu lagi.cuma tadi kepala bie sakit sikit je

...ermmmm tiap kali aku risau..faiz akan cakap..sikit "sikit" je..entah sikit yang mana untuk dia 

aku menangis teresak...sambil cakap perkara yang sama..
aku :  "bie ...sayang nak bie sihat...dulu arwah makcik sayang pun meninggal sebab kanser.. (dalam hati...aku takut rasanya "keseorangan" bila kehilangan...aku takut...dunia rasa suram )
faiz : yer bie sihat..
aku masih menangis..sedih....

"ya allah panjangkan umur faiz...berikan kami peluang...untuk bersama ke jalan Mu.jadikan faiz sebagai imam ku..jadikan faiz sebagai pelindungku ..jadi kan faiz sebagai pembimbing ku...jadikan faiz sebagai ayah anak-anak ku..jadikan lah dia jodoh ku..aku cuma hamba yang memohon kepada Mu.. "

dear my best friend


salam...
dear my best friend..sakinah..hari ini 23 november 2014..tarikh yang bermakna untuk hang
the day ...new chapter..jadi isteri :)
happy for you...
pertama kali aku nak cakap kan..maaf kerana tak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan hang..
aku minta maaf..terasa segan dengan segala pertolongan hang..aku malu..tak mampu langsaikan segala yang terhutang...aku tak mampu untuk kesana..malah tidak mampu untuk belikan hadiah..serius sedih dan terasa bila tak dapat sama-sama ke sana meraikan hari bahagia hang
maaf sekali lagi..
aku ingat lagi waktu tu dirumah sewa..sem terakhir..
kita masing-masing dah tak ada duit untuk makan..hang balik dari rumah makcik hang...
bawa se beg plastik kecil berisi beras...aku basuh beras tu..entah macam mana lantai tu basah dan licin..aku terjatuh dan tumpahkan hampir kesemua beras tu..aku menangis
mungkin hang takkan baca yang ini
tapi aku minta maaf atas segala kesilapan aku...
sama ada dalam sedar atau tak
to sakinah dan suami..muhaimin
semoga kekal hingga ke syurga...
aku menunggu waktu yang sesuai untuk explain semua ni
aku minta maaf..


may Allah bless u all...
sakinah & muhaimin
till jannah

sorry
 

i miss the old you!


novermber bakal tinggalkan aku..hanya beberapa hari..tapi semua yang aku harap kan masih lagi macam tuh.tak ada yang berubah.malah kadang terasa makin bertambah. lesu...kadang aku rasa senidri dah tak sekuat dulu..aku rindu kenangan lalu..aku rindu dia yang dulu..
tapi aku tahu..aku cuma hidup dalam bayang-bayang.angan-angan dan kisah dulu
aku pemarah..kuat trejai (ayat dia untuk aku).. aku tahu.bila jalan terlalu sempit...aku hilang kawalan..aku salah..kadang aku sendiri tercari-cari di mana pergi nya kesitimewaan aku dulu yang buat faiz suka..
aku..mungkin aku yang tak bersyukur...

faiz
sepanjang kita kenal.tak banyak perkara yang menyenangkan terjadi..
maaf atas kekhilafan diri..
maaf atas apa yang terjadi
maaf atas segalanya
sayang ...

L.o.v.e.v.s.c.a.n.c.e.r pt2

Aku tak ingat dalam bulan berapa dan tarikh bila..kalau tak silap aku hari tuh hujung minggu mungkin sabtu atau ahad.dan selalunya di hujung minggu faiz akan keje di mall part time.repair komputer.
dalam pukul 2 atau 3 petang macam tu.aku dapat satu mesej dari num faiz dan pengirim bukan faiz..
mesej berbunyi lebih kurang macam ni 
"salam yana,faiz pengsan tadi disurau waktu sembahyang"
aku tak ingat mesej sebenar ditulis tapi aku ingat mesej tuh ada gitau aku faiz pengsan +.an terjatuh wktuh sembahyang zohor.dan orang yang tulis tu ingat faiz tidur pada mulanya.tapi lepas dikejut tak bangun.
dan dari situ bermula kisah aku,faiz dan kanser otak faiz..
aku terima sakit faiz sebagaimana aku ingin kan orang lain terima kekurangan dan kekhilafan aku..
aku tak mahu jadi manusia yang pentingkan kesempurnaan bila mana kita manusia memang setiapnya ada kekurangan..aku sayangkan faiz..sayang sangat-sangat
penyakit faiz dan status faiz sebagai pesakit barah otak bukan lah penghalang
bagi aku..sekiranya Allah mahukan ajal hambanya disitu ..akan ada penyebab bagi setiapnya..dan penyakit bukan lah satu-satunya sebab kematian..
apepun aku berharap semoga masiha da sinar untuk aku dan faiz menjalani kehidupan ini bersama..bersama berubah ke arah kebaikan sama membaiki diri dan melahirkan khalifah yang jauh lebih baik dari diri kami sendiri..insya'allah
" dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan)maka apabila datang tempohnya tidak dapat mereka kemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka dahulukan"
                                                                                                                 (Al-A'raaf :34 )

ini yang dimakan ajal.kita tak mampu mempercepatkan atau melambatkan..jadi berdoalah semoga panjang umur dan dipermudahkan..amin

"" berapa kali penyakit menimpa tubuh anda, dan anda menduga bahawa penyakit inilah yang akan membawa and ake ambang kematian. namun nyatanya Allah kembali mengenakan pakaian kesihatan bagi anda sekali lagi ""
*tajuk : 23 : jangan bersedih ..ini bukan akhir segalanya
*sumber : buku motivasi "SMILE & ENJOY YOUR LIFE "


Heaven -Ailee (english lyrics)

Where you are, I will be there too
Where you go, I will go there too
I smile for you every day, I pray for you
With thoughts of you, I fall asleep – I open my eyes as I call for you
You protect me by my side and you embrace me
You are my heaven
* You’re my only one way
Only for you – I am thankful that I am next to you
You’re the only one babe
You taught me love in this harsh world – I am happy with you alone
Heaven Heaven Heaven Heaven Heaven x2
If we’re together we will never cry never never cry
Heaven Heaven Heaven Heaven Heaven x2
Forever, together – never gonna be alone
I breathe in your arms, we kiss in your arms
When I hear your voice, it feels like I’m dreaming
I can tell from your eyes, I can tell about your love
You are my heaven
* repeat
Heaven – my only person, yes the person who will protect me
Any sadness, any pain – if only I’m with you
I’m not jealous of anyone else – hold my two trembling hands
Because the reason I live is you
* repeat
Heaven Heaven Heaven Heaven Heaven x2
If we’re together we will never cry never never cry
Heaven Heaven Heaven Heaven Heaven x2
Forever, together – never gonna be alone
Oh, so alone


** translate dari lirik "heaven" ailee



L.o.v.e vs c.a.n.c.e.r pt1

gambar ni di ambil di bukit bendera

aku dan faiz kenal melalui aplikasi beetalk.tuh first time aku shake..shake punya shake..ada satu id ni..akmal faiz tegur,serius awalnya aku kurang berminat sebab dia kelihatan terlalu menarik..bhahaha...dengan baju kemeja bunga nya..rambut yang macam roti bun..aku rasa ermm orang macam ni confirm high taste..

11 may 2014.. 11.52pm..
dia tegur aku hehe...dan awalnya ketika dia minta no fon aku..aku macam tak nak bagi..disebabkan waktu tuh aku cuma nak kawan hilangkan bosan dan ayat dia yang tak boleh nak lupa ..


"haha sembang2 ja"
"tak da niat nak mengorat pun "
"hahaha"

dari awal perkenalan faiz ada cakap " saya ada ketumbuhan waktu kecil,tapi dah operate"

aku tak ingat rasanya 2 minggu kenal faiz..faiz ada mengadu sakit kepala..kalau tak silap aku 2,3 hari juga abru sembuh sepenuhnya..bila ditanya faiz cakap.. "mak saya cakap kalau migrain memang akan sakit kepala di tepi kemudia kebelakang dan keseluruhannya baru akan hilang"
seumur hidup aku aku tak pernah ada kenalan yang ada sakit migrain atau kenalan yang bercakap tentang penyakit tu.aku tak tahu apa-apa
sampailah satu hari..kalau tak silap aku mungkin sebulan perkenalan..faiz tiba-tiba pengsan..dan aku dapat mesej dari kawan baik dia..Amar...
waktu tuh rasa terdiam..macam nak berlari sekuat hati nak berada disisi faiz..aku teruk aku tak melawat faiz pun... :(
waktu tu rupanya ketumbuhan faiz kembali.macam mimpi ngeri..sejak hari tu..aku kerap juga dapat mesej dari adik faiz beritahu aku faiz pengsan termasuk lah dengan hidung berdarah dan mulut berbuih..semua berpunca bila aku gaduh dengan dia...
doktor ada cakap " selepas ni..kalau faiz pengsan lagi.kemungkinan faiz akan koma.."
sekali tu aku gaduh dengan faiz.dan tiba-tiba faiz diam.bila kol tak dijawab..aku tak ingat mungkin waktu tuh dah hampir pukul 1..hanis mesej dan cakap ibu bapa faiz bawa faiz ke hospital..aku menangis sambil peluk dora dengan kuat
berdoa faiz akan bagun.aku takut faiz koma..aku takut..mata bengkak..dan aku terlelap sebegitu..pagi tu aku dapat mesej dari hanis.faiz belum sedar..hanis cakap "hari ni rasa lain.tak macam selalu..selalu abang akan usik hanis pagi-pagi"
aku menangis..tak ada mesej atau miskol yang kejutkan aku..tersa terlalu sunyi dan janggal..sebaik sampai di tempat kerja hampir pukul 8 hanis kol aku..aku tak jawab sebab aku naik moto..hanis hantar mesej dan cakap faiz dah sedar..rasa macam nak menangis..air mata bertakung..tapi disebabkan aku dah berada di tempat kerja aku tahankan juga sebak..no faiz naik lagi...aku jawab..dihujung talian dengar suara faiz yang terlalu perlahan dan penat..ya allah sedihnya..setiap kali faiz pengsan dan terjaga faiz akan cepat-cepat kol aku..dan suara dia terlalu lemah dan perlahan..

ape yang aku bangga kan dengan faiz..walaupun doktor cakap..faiz akan koma..dan dua kali selepas itu faiz masih boleh terjaga dan ke tempat kerja...alhamdulillah..dipermudahkan..semangat faiz dan redha Allah bersama..semoga semangat faiz untuk terus hidup akan terus bercambah dan mekar :)

YA ALLAH YA TUHANKU..SEMBUHKANLAH FAIZ..PANJANGKAN UMURNYA.PERMUDAHKAN URUSAN KAMI DAN RINGANKANLAH JODOH KAMI..AMIN

PLEASE SMILE...MY HERO :)

 
kepala terasa berat,tindak balas lambat,tenaga semakin  berkurang sehinggakan nak bangun dari kerusi perlu tolak.kepala kerap sakit.hidup kerap berdarah.

itu antara yang faiz cakap kan..yer..aku perasan dia akan menekan tangan nya ke kerusi ketika bagun..dan..tadi habis sembang faiz keluar dari kereta..aku tengok faiz berjalan ke koridor..jalan dia seolah tak stabil.seolah lemah dan tak bertenaga.longlai..dari jauh faiz pandang aku sambil senyum..
ya allah waktu tu tahan sebak di dada..sebelum aku pergi..aku buka tingkap dan melambaikan tangan ke arah faiz.faiz tersenyum..tapi pucat...aku drive balik ke rumah..menangis teresak... sebaknyer terasa..berulang-ulang aku dengar lagu my chemical romance - cancer ... 

'Cause the hardest part of this
Is leaving you
'Cause the hardest part of this
Is leaving you


aku rindu faiz yang dulu..yang berlari-lari anak ketika di atas bukit bendera..yang berjalan sama-sama dengan aku ke rumah yang cantik atas bukit itu...aku rindu senyuman faiz dengan muka kemerahan dia..aku rindu semangat dan tawa dia..aku rindu semangat dia...
tapi terlalu tinggi permintaan aku.. aku rindu semua tentang dia..apakan daya..semua sudah tersurat,,,faiz tak macam orang lain.faiz sakit.. (aku benci guna perkataan ini )..faiz membilang hari..dan detik..
moga masih waktu untuk kami membina impian bersama...insya'allah...

untuk pengetahuan..
faiz merupakan pesakit ketumbuhan atau nama lain nya kanser otak..
aku tak pasti faiz dah stage ke berapa..tapi faiz cakap pandangan semakin kabur,kepala berat,dan selalu sakit.hidung kerap berdarah.tenaga dah berkurang.badan terasa lemah dan kudrat dah tak sekuat dulu...dan dia cakap dia membilang hari..berada di atas kerusi roda,terbaring..dan..dan..aku harapkan semua tuh tak berlaku...faiz terlalu kuat semangat nya untuk hidup..faiz semangat aku..jika faiz taka da aku sendiri tak tahu kemana nak pergi..tak tahu apa yang aku mahu lagi dalam hidup ni..dan tak tak apa yang akn jadi..aku tak bersedia untuk kemungkinan yang terlalu melukan tu...aku tak sanggup...terlalu banyak impian dan cita-cita..tak ada yang kita mula kan lagi...

dear faiz,
kuatkan semangat untuk hidup..untuk sayang..bie adalah segalanya..sayang tak nak akhiri semua yang kita rancang macam ni...tabah bie..semoga penyakit ini adalah permulaan untuk kehidupan kita yang lebih teratur..bie..tolong kuat..sayang merayu...
 mungkin orang anggap aku tak redha..aku cuba belajar..tapi..hanya Allah yang tahu..

GREY FOR MY HERO..KEEP FIGHTING FOR YOUR LIFE.FOR OUR LIFE...KEEP FIGHTING AND NEVER GIVE UP

haihhh lah manusia

 salam
tadi aku kelam kabut pergi bank..CIMB
pagi sebelum keluar aku ada call ke cimb.dan dari apa yang pekerja bank tuh cakap duit aku telah disonglap dengan jaya nya oleh someone yang aku tak kenal asal usulnya...
baru-baru ni aku baru terperasan duit aku hilang dalam rm20-rm30 ringgit atas nama pos debit..jadi aku pun kol ke cimb dan branch suruh aku kol ke cimb main.di sana pekerja bank tu check duit aku itu di debitkan ke google.gumi.inc..dan bila aku search gumi.inc ni satu web untuk game.
 dan bila di kira kesemua jumlah.. dari bulan 9 kalau tak silap aku 17.9.2014 penyangak ni aniayai aku total semua rm329.02
aku tak tahu dimana silapnya..
tak tak tahu bagaimana nak menhadapinya
dengan masalah kewnagan sekarang yang betul-betul buat aku down.aku rasa memang..benci sebencinya pada binatang yang sanggup curi duit titik peluh aku...
hurmmmmmm

Hati Melankolik

Jika dilihat pada langit membiru..
jikanya kelam..bukan selalu
jika dilihat pada gusarnya hati tentang laut dalam
terlalu diindah jika mampu dirungkai kenyataan
hati aku bukan batu..tak mampu menipu bukan keras disitu
aku pengecut..bukan wira
aku takut menghadap hari-hari lara

jika aku mempu ulangi masa lalu..
aku cari walau beribu-ribu detik lalu hanya untuk
mengubah sesuautu yang aku cuba hindri kini
yang aku takutkan
yang aku gusarkan
 

hati aku bukan batu..hati aku pengecut
sepertinya seorang pahlawan berlari dimedan perang
aku takut menghadap apa yang mendatang
jiwaku..raga ku..melankolik..
sesekali terapuh sendiri..terjatuh luka sendiri
tercucuk terdiam sendiri..

jangan sesekali berani berpaling dan membawa diri..
tidak pasti jiwa yang lemah ini mampu untuk menghadapi
jangan biarkan diriku di bawa ombak pergi
mencari engkau yang makin jauh..jauh......
dan tiada disisi..

hati aku melankolik...
 

march 2015

http://mieketambola.files.wordpress.com/2013/02/223085_10152111657345591_2124348765_n.jpg 

semalam..aku ada bersembang-sembang dengan dia..terlalu banyak perkara..faiz ada cakap dia kerap sakit kepala..hidung hari-hari berdarah..dan aku pernah tengok betul-betul depan aku..mungkin aku yang anggap mudah..atau  tak peduli...i'm bad...aku rasa simptom tuh jadi mungkin disebabkan faiz skip rawatan dan dah dua bulan tinggalkan ubat...

faiz cakap...
kalau ikut ape yang doktor kirakan..bila melalui fasa terakhir..kepala akan selalu sakit.hidung akan berdarah
kemudian tenaga akan semakin berkurang..malah pergerakan kurang di mana refleksi tindakan dia lambat dari apa yang dia fikir..bila sampai stage terakhir dia hanya mampu berada di atas kerusi roda..dan pertengahan  march 2015 ..merupakan tarikh dia...

Kekuatan Hati
aku harap ape yang doktor kirakan tu cuma satu kiraan..ape yang Allah beri lebih besar nikmat dan hikmahnyer..aku berharap disitu bukan pengakhiran..sedangkan dua bulan sebelum tu..merupakan tarikh permulaan hari yang aku dan faiz rancangkan...
terlalu awal...aku tak bersedia nak melepaskan faiz...aku tak sedia nak jalani hidup tanpa dia...
AKU TAKUT!

"dengan harapan dan keyakinan sampai sekarang..penyakit tu satu ujian.tak semestinya penyebab kepada.....
malah ada sihat juga pergi tiba-tiba..
semoga kita tabah dalam ujian kesihatan ni bie :)"


nightmare!!!

salam..
selamat tengah hari..waktu ni aku tengah rehat :)

ermmm...
tadi ada bercakap telefon dengan faiz kemudian wassap..faiz ada cakap dia mimpi..kali ne.rasa macam kali kedua faiz cerita tentang mimpi yang aku benci ni..faiz mimpi aku dengan seseorang yang lain...dan dia cuma memerhati...kali ni mimpi faiz lain sikit..faiz naik pangkat..dah jadi bibik aku..
try buat lawak bodoh..tak lucu langsung yana
ermm faiz mimpi aku dengan orang lain..statement yang aku tak suka nak state kan kat sini..serius terasa sebak..apa yang aku tahu ..sampai saat entri ni ditaip aku cuma nak hidup dengan faiz je.tak berminat langsung kat orang lain..kecuali...ehem..kecuali taylor lautner...
yang tuh tak mungkin jadi kenyataan dan konklusinya..aku nak hidup dengan faiz..

your dream not funny at all bie..stop mimpi nonsense ni..mengamuk sekejap..
i hope your dream.about me..and that anonymous never ever ever ever ever ever...come true
mintak simpang..

semoga jodoh kita masih panjang dan dipermudahkan
semoga faiz cepat sembuh
semoga si ram ram pisang mendapat pembalasan sewajarnya


im not trying to be sweet..but i want u to know that..i just wanna be with you..till forever
sincerly
kuat mengamok,panas baran,tido mengigau
yana ;(

p/s :nightmare before christmas movie much better than your dream...argghhhh




Aku manusia tertinggal tren.babai


hari ni bosan melanda..aku pun rajin-rajinkan diri menggodek dan jadi stalker terhebat usha blog orang lain.then terjumpa satu entri tentang engineering..demm tetiba perasaan nak sambung degree tuh datang.rasa bersemangat.terlupa sebentar diri dah hampir kerepot ni..

aihhhla..kira-kira 3 tahun lepas aku ada apply nak sambung degree.alhamdulillah dapat.tapi time tuh dapat gaji 1k + sikit tu dah rasa macam kaya sangat.Then plan berubah... 'ahhhhh keje 2 tahun cari pengalaman dulu baru nak sambung degree.." tapi sekarang 3 tahun berlalu... dan aku masih kuli terhebat..
so apa yang aku boleh sampaikan..jika dah plan sesuatu.ada peluang.jangan ditolak.penting!!! JANGAN DITANGGUH..
sekarang,,aku mak nenek yang masih single.dan kerja pun tak hensem..
akwan-kawan dip ada yang tunggu masa nak pakai jubah sekali lagi..auwwww..
aku manusia yang tertinggal tren..so aku nak kren je..sobsobsob...

otak karat
bila ditimbang tara kawan satu dorm tingkatan lima..aku rasa aku paling loser..sebab aku je yang ada dip dan masih masih masih tak laku laku..macam lirik lagu tu
yang lain..ada yang genggam degree dan kalau tak der degree pun..semua dah beranak pinak..
macam...macam aku ni tak der life..
apekah aku merepek..
dah ade keje..tuh cukup hebat ok
at least aku tak tanam anggur..dan kurap-kurap aku pun dip aku yang tak seberapa tu berguna juga..untuk menempatkan aku dalam bidang yang aku amat amatlah tak suka ni
ahhhh...mengeluh..pangg!!
belajar bersyukur yana
sedapkan hati..
gtg paklong berdekatan..kejap-kejap dia akan ulang alik macam bas rapid kat belakang aku..
sayor sayonara


aku tersedar
beberapa hari ni aku selalu letak pic yang tak der kaitan
erkk
ader aku kesah?

cinta monyet


salam..
bercakap soal cinta sekarang rasanya tak ada batasan untuk semua manusia saling mencintai..sesama manusia..ade yang bercinta dengan lain bangsa,agama..dan paling bengap bagi aku la orang yang bercinta dengan lain negara.tak salah.tapi pilih la yang selayaknya.bukan yang datang sini semata mahu kewarganegaraan.faham kan maksud aku!

bila difikir balik.zaman cinta monyet aku pun tak banyak kurang bangangnyer...
zaman sekolah dah sibuk menggedik.tapi sayang zaman menggedik aku tuh kejap je disebabkan dia curang dengan kawan aku sendiri.. (curang? wtf) aku rasa geli nak wujudkan frasa curang dalam kamus cinta monyet..waklu yana!..alhamdulillah... sebenarnya selepas tamat tempoh bermuram durja a.k.a bodhkan diri.aku sedar.my life much better without him.yeaahoo..

tapi satu sesi paling ngeri yang aku lalui bila mana seseorang ni..(kalau mention nama dia dah macam aib plak kan....so aku jadi sopan pura-pura kejap..aku gelarkan dia polan).dah bawak jumpa mak aku lagi.janji nak jumpa family dia lagi..tapiiii..disebabkan dia terjumpa perempuan yang dia penah hegehkan time sekolah terus dia reject aku..ahaha..sakit hati.tu memang ada.4 hari juga aku "berkabung atas kematian dia dalam hidup aku"..giler dalam 4 hari tuh..aku kemurungan..tenkiu disebabkan hal tu.berat aku turun 5kg.then aku bagai tersedar dari mimpi ngeri.aku kuatkan diri dan pujuk diri "yana.watpe la hang dok sedih bagai.dia dah tunang pun.move on bebeh"...sayonara gosuto..~ ( ゴースト)

bila terfikir balik.mende la aku sibuk bercinta sangat.sampai ke jannah konon.last-last ke jahanam jadinya..nak cari boipren tuh senang je dik (bukan sebab nak cakap aku lawa.gemok gedemol.hitam berkilat) mana lawa beb..tuh la aku..sambung balik..nak ada boipren tu senang dapat.tapi nak cari seorang lelaki yang boleh jadi lebih dari boipren secara halal..payah beb.macam-macam alasan sial diberi.tak sedia.tak cukup duit..bla..bla..bla...kalau tak sedia.better tak yah bercinta bagai kan...

nak bercinta tak ape.jangan sampai binasa
jangan sampai buang masa dan air mata
tulus ikhlas
dari aku.. mihmihmih



please wake up



salam..
dari tadi dalam pukul 8 lebih faiz cakap nak rehat..tapi sekarang ni dah dekat pukul 11 dah...
mesej tak berbalas...
kol tak dijawab
haiiii lahhh hati..
risau..berkocak-kocak
macam air kotak yang habis...

ermmm...
bercakap tentang sakit...
aku tak suka dia sakit..sebab aku,,,tak mampu buat ape-ape
aku tak mampu jaga dia
aku tak mampu berikan masa untuk dia..
arghhhh....
i should do something..tapi benda ape yang vangan sangat yang aku boleh buat
aku suruh dia sabar,kuatkan semangat,dan jangan mengalah,.,,
yana hang bukan kat tempat dia..hang tak tau sakitnya dia..senang je ayat aku untuk dia
sabar sabar sabar..
aku loserrrrrr
arghhh aku benci diri aku..
aku patut buat sesuatu..untuk bantu dia..untuk ada disisi dia
tapi aku macam batuuuuuuuuuuu!!!!
hate myself



OH MAK GAD.aku lambat bayar duit kete


31 oktober hari tuh.mak aku kol aku.dia cakap bank *&^% tempat aku buat loan kete tuh dah kol banyak kali suruh bayar kereta..disebabkan aku dah tukar no lain.jadi diorang tak dapat contact dengan aku.serabut jugak fikir.disebabkan terlalu banyak masalah yang menimpa-nimpa.. (sekarang alhamdulillah..dah kurang pun.harap semuanya ok)

mak aku cakap..bank*&^% tu cakap kene bayar sebelum pukul 12 malam.dan kalau tak silap aku aku lewat bayar xsampai sebulan.mungkin dalam 4 hari (due date 27 hari bulan) macam tu.dan aku juga dimaklum kan jika aku lambat bayar interest akan dinaikkan...

jadi aku terfikir..jika satu hari duit aku yang 2,3 kupang tu hilang dalam bank.dan confirm-confirm akan ambil tempoh yang lama untuk bank ganti balik.layak tak kalau aku pula tetapkan masa untuk diorang dan naikkan interest atas kecuaian diorang..seperti mana diorang tetapkan masa dan nak naikkan interest atas kelewatan aku yang tak sampai sebulan tu?

hermmmm...

anda pengguna yang bijak atau pengguna yang bodoh piang?
jawapan di tangan anda

gambar hanya hiasan
sekian :)

produk muka


salam..
beberapa minggu lepas.muka aku burn teruk.aku pun tak pasti kenapa.jadi pantang ditegur.aku pun sapu krim malam produk collagen ke muka.dan keesokkan harinya..kulit sedikit mengelupas dan sangat-sangat merah sampaikan ramai yag tegur.lebih kurang tiga hari juga aku tak pergi ke kantin kerana rimas dengan mereka yang menegur tuh..stress ok..


ni la produk yang aku pakai..habis kulit aku mengelupas di sebabkan kandungan merkuri dia yang kuat tu..waktu tu memang malu giler.sampaikan bos aku tegur ingatkan aku pakai blusher.dan ada yang ingat kulit aku jadi macam tu disebabkan mandi laut.TIDAK.produk ni la..dan apa yang aku dapat tahu produk ni tiada kelulusan.
kesan dari aku pakai produk ni
-kulit mengelupas
-muka jadi merah
-kena air je pedih tak terkira kira kira lah...
-kulit kering dan kasar

ni pengalaman aku la..mungkin orang lain pakai produk ni jadi puteri ke aku tak tahu pula..
lepas tuh disebabkan muka aku merah macam daging bakar aku aku suggest aku pakai bedak sejuk.dan alhamdulillah esok tuh memang reduce "terbakar dan merahnya" muka aku hampir 50%
aku terus sambung pakai balik produk sebelumnya..Avene
produk ni macam susu sikit jadi aku pakai waktu mandi dan pelan-pelan aku sapu-sapu ke muka aku buang kulit yang mengelupas
dalam masa lebih kurang 3,4 hari kulit aku semakin normal.yahuuuu dah tak der 

 

try this at home
bagi aku ni antara produk yang ok untuk digunakan .avene cleansing milk/kulit jadi lembut manjew gitu..
mihmihmih..
see yah

rivermaya -you'll be safe here

Nobody knows
Just why we're here
Could it be fate
Or random circumstance
At the right place
At the right time
Two roads intertwine

And if the universe conspired
To meld our lives
To make us
Fuel and fire
Then know
Where ever you will be
So too shall I be

Chorus:

Close your eyes
Dry your tears
'Coz when nothing seems clear
You'll be safe here

From the sheer weight
Of your doubts and fears
Weary heart
You'll be safe here

Remember how we laughed
Until we cried
At the most stupid things
Like we were so high
But love was all that we were on
We belong

And though the world would
Never understand
This unlikely union
And why it still stands
Someday we will be set free.
Pray and believe

Chorus:

When the light disappears
And when this world's insincere
You'll be safe here
When nobody hears you scream
I'll scream with you
You'll be safe here

Save your eyes
From your tears
When everything's unclear
You'll be safe here

From the sheer weight
Of your doubts and fears
Wounded heart

When the light disappears
And when this world's insincere
You'll be safe here

When nobody hears you scream
I'll scream with you
You'll be safe here

In my arms
Through the long cold night
Sleep tight
You'll be safe here

When no one understands
I'll believe
You'll be safe,
You'll be safe
You'll be safe here
Put your heart in my hands
You'll be safe here



List impian kita :)




Assalamualaikum...
dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..aku memohon dipermudahkan segala "kesulitan kita " sekarang..kenapa aku sebut "kesulitan kita..supaya dia/awak/kamu tahu.awak bukan bersendirian dalan menempuh ujian ini.SABAR adalah kunci yang paling sukar kita nak capai.tapi aku tahu.dia jauh lebih baik dari aku dalam menangani kesabaran.i know u can doin this..keep doin this.never give up..never stop this.keep goin on...goo gooo gooo...

ingat kita ada banyak PLAN :)



  • operate dan sihat..sihat sihat sihat sihat dan sihat... :)
  • insya'allah..melangkah ke fasa pertama..tunang.. insya'allah
  • kahwin :) yahuuu..tak mau jadik anak dara tua..mihmihmih
  • then beli rumah.. our target house yang awesome comel tu..
  • berusaha mencari rezeki (u know what i mean)
  • buy for me..munchikin baby cat....auuwwww
  • dah janji nak pergi satu rumah anak yatim..ingat tak..yang ada baby ramai-ramai tuh..kita nak beli teddy bear untuk setiap orang..please sihat yer... :)
  • cakap nak bawa pergi makan satay yang sedap dekat perak tu..teeett jangan mungkir...
  • oppssss kalau dah kahwin..kalau boleh kita pergi umrah dulu ok :) moga tercapai
  • lepas tu baru kita pergi bercuti..ermmm..nak pergi,,jepun..ehh korea..ehh bali pun boleh lah..ehh..ermm..krabi..yeaa..eh eh..nak pergi gunung kat austria tu..hochschwab mountain,austria..mihmih..mane pun tak pe.langkawi..perhentian.. :)
  •  erkkk yang ni boleh masuk list tak... ermmm ermmm...range rover evoque..gulp!
  • nak jam...solvil et titus :P
  • KRABI
    macam DORA

EIIIII VOUGE (MIHMIHMIH)

surat untuk awak

Assalamualaikum...

kehadapan awak
hari ini 5 bulan 2 minggu dan 1 hari kita berkenalan..dalam tempoh yang sangat singkat ni tak sangka terlalu banyak yang kita lalui..walaupun waktu "senang kita" itu singkat tapi saya nak awak tahu.saya bahagia kenali awak,saya bangga dapat bersama awak dalam "susah" ini..tapi awak..saya manusia biasa,bukan tentang terpaksa.mungkin ego saya dalam berkata-kata.saya tak berniat nak sakitkan awak.mungkin kita masih terlalu awal.mungkin terlalu banyak juga sebenarnya perkara yang saya tidak kenal tentang awak.saya gembira dapat kenal awak di zaman kejatuhan awak.yer kadang saya rapuh terasa ingin melangkah.kadang saya mengungkit bertanya kenapa kenapa dan kenapa
bila terdiam..sendiri...
awakkkk saya rindu waktu kita dahulu.cuti awak datang jumpa saya.street art,bukit bendera,uniqlo (tempat kegemaran awak) laksa..rasanya terlalu banyak untuk ditaip..saya rindu awak..cara awak manja kan saya.."sayang,sayang nak makan ape?" "manhattan"..(disini bakal bermulanya cita-cita kita.impian dan harapan) terasa bagai ditatang dengan minyak.tapi bukan itu yang saya mahukan..saya rindu hidup "kita" tanpa "celaka" itu.dia punca semua.dia merosakkan semua...
awak..sekarang..saat ni saya tak rindu lagi zaman mula saya dengan awak.saya nak bersama awak.susah senang awak,saya,kita (awak tahu saya maksudkan kita tuh siapa kan? :)  ) saya percaya dan saya nak awak percaya..begitu juga mereka...dahulu hidup kita cukup bahagia..tiba-tiba datang satu "bencana" waktu ini terlalu ramai kawan awk yang pernah "mengemis " dengan awak dahulu masing-masing angkat kaki.saya tidak mahu diri saya begitu.saya mahu saya la tongkat paling kuat yang awak boleh bergantung.saya tidak mahu mengkhianati..saya mahu kita percaya..selepas semua ini berlalu..hidup kita akan lebih..lebih baik baik dari dahulu..bersabarlah..melarikan diri bukan kerana awk penakut..tapi kerana kita tahu..itu tidak akan berakhir seperti kita harapkan.tapi jangan risau.setiap pintu ada kunci nya.ada kunci pendua nya.jangan silap memilih kunci pendua untuk membuka nya...

awak..andai saya ni bukan la sempurna seperti mereka yang pernah ada adalam hidup awak. saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..saya manusia biasa.saya banyak khilafnya.awak tak pernah susahkan saya.cuma saya selalu merasakan awak tak memahami saya..atau sebenarnya saya yang terlalu pentingkan diri.saya minta maaf,tak mampu melayan dengan lembutnya.terlalu kasar kata dan kelakuan.saya bukan seperti awak harapkan.saya nak buktikan pada awak.saya BUKAN perempuan yang mendekati awak kerana duit dan "lapar" kan hadiah-hadiah awak.saya nak jadi tempat awak berpaut,saya nak awak jadi tempat saya berlindung..

terlalu banyak yang nak diluah kan..mungkin hari ini sampai disini
saya mahu awak sihat.buat operation.dan kita teruskan apa yang kita rancang
maaf kalau tak mampu bersabar
saya manusia yang terlalu cuai dan terlalu lupa

dari saya
insan yang tidak sempurna

WAKTU SAYA SEDIH DORA MATI..AWAK HADIAH KAN SAYA INI..SAYA GEMBIRA SANGAT WALAUPUN HADIAH NI SAMPAI LAMBAT...SAYA RINDU..MAAF..BIRTHDAY AWAK SAYA TAK MAMPU BERI KEBAHAGIAAN MACAM AWAK BERIKAN