
salam..
sekian lama tak menjenguk blog ni..beberapa hari ni kehidupan agak terumbang ambing.kadang rasa macam lemas dalam lautan masalah.dan masalah makin bertambah.tak ada jalan yang terbaik yang boleh di ambil.waktu ni otak kena bijak.tak genius pun tak pe...
aku ada sorang kawan..perempuan.aku kenal dia waktu di PLKN (nightmare ever..) apa yang aku tahu family dia agak porak peranda.dia dibesarkan dengan tok dan tokwan dia.mak dan ayah dia seolah lebih pentingkan adik dia dan mengabaikan dia.
habis PLKN aku sambung di poli.tuh pun 2nd intake(nampak hidup aku teraturkan? sebenarnya aku pun ada masalah juga..rasa tak perlu nak tulis sini) and kawan aku tuh dia dapat sambung form 6.dalam masa yang sama dia dapat tawaran bisnes management kat PSP.tapi dia cakap dia terpaksa reject tawaran tuh sebab terpaksa menjaga tok nya yang sakit.aku sebagai kawan rasa simpati dna terharu dengan semangat yang dia.sesungguhnya aku tabik spring kat dia.sanggup korban kan masa depan untuk tok dan nenek dia
masa silih berganti.ada kala kami lost contact untuk masa 2,3 bulan lamanya..dan setiap kali dia muncul.setiap kali itu dia ada masalah seperti ditindas makcik nya.aku..sekali lagi sebagai kawan simpati. raya tiga tahun lepas.dia pernah menyatakan yang dia ada menjual kek moist.aku sebagai kawan.sebagai tanda sokongan kepada dia aku order kek kepada dia.2 biji.duit aku hulurkan awal-awal takut dia tak ada modal untuk beli barang untuk buat kek.tapi sampai hari ni.aku belum dapat kek aku walau secubit.dan setiap kali ditanya.dia bagi alasan dia tak dapat hubungi aku.sedangkan aku dah pakai no tu dari tahun 2005 dan hanya dia seorang..cakap tak boleh contact aku..bukan tentang duit.bukan tentang kek.waktu tuh aku tak peduli.bagi aku..kawan/mungkin dia gunakan duit tu untuk beli susu untuk anak dia..
ermm anak..dia ada seorang anak perempuan//hasil dari perkahwinan..im not really sure about this.sebab kahwin pun dia tak jemput aku.hanya mungkin setengah tahun lepas tuh baru dia cakap.sekarang dia dah berpisah dengan suaminya.anaknya berada di bawah jagaan mertuanya.aku simpati bila dia cakap.. "aku bukan tak mahu jaga anak aku.tapi aku tahu aku tak mampu jaga dia seperti keluarga bekas mertua aku"
aku simpati dan cuba memahami..tapi pelik rambutnya berubah fesyen.rebonding lagi.aku yang bujang belum pernah rebond di mana-mana kedai..dan tak pernah warnakan rambut seperti dia.rambutnya semakin perang.malah pakaian nya di we chat semakin melampau-lampau.kadang berskirt,aku bukan nak cakap aku mulia.bukan juga nak kata aku bagus.tak.tapi dia seorang ibu,sepatutnya dia lebih tahu anak bagaimana yang dia nak bila dah dewasa.
hari ni.bila aku ...
dalam keadaan kacau bilau..aku perlukan duit,aku minta kembali hutang dengannya..tapi mengecewakan..berbagai alasan.panggilan tidak diangkat.mesej tak dibalas...dia hanya kol balik bila aku kol guna no yang lain..
ada juga manusia macam ni..memang nilai yang dia pinjam tuh tak banyak.tapi dengan cara hidup dan style rasanya tak da masalah kalau dia nak bayar,dia bukan la seorang yang susah seperi yang dia "cirit" kan aku selama ni..
kawan oh kawan..
ini yang terakhir...
anis...
i will always remember your name...only..after 8years..aku kenal hang..baru aku kenal siapa hang
penuh dengan dongeng...
jadi...diluar sana ..berhati-hati pilih kawan
kawan tak seribu tak apa..janji ada 1 yang betul-betul boleh bantu...
nak tolong orang boleh..tapi cuba kaji betul betul peribahasa melayu ini
"BUAT BAIK BERPADA-PADA,BUAT JAHAT JANGAN SEKALI"
kita faham.kita dilarang berbuat kejahatan..tapi adakah kita peduli kenapa kita disuruh berbuat baik tapi disuruh juga berhati-hati.dan memilih orang yang kita mahu buat kebaikan?????
No comments:
Post a Comment