: : My wishList : :

pinky car
Gimuk Sehat
M.A.F buat rawatan
M.A.F Sihat INSYA'ALLAH
RANGE ROVER
KAHWIN WINK WINK
UMRAH
DAPAT BALIK LENOVO,LAPTOP ADIK DAN DUIT .ALLAH MUDAHKAN
ORANG YANG MENZALIMI DI ADILI ALLAH

wake me up..when september ends...


OLLA....
hari ini..1 october 2014 bersamaan 6 zulhijjah...nanti hari ARAFAH boleh puasa..

KELEBIHAN HARI ARAFAH Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

September dah berakhir...kejutkan aku supaya semua mimpi ngeri ni berlalu..bukan tak sayang dengan masa.
wishlist untuk november :-
1.faiz dah selamat operate
2.faiz semakin sembuh
3.Celebrate birthday faiz :D
4.segala kisah di september berlalu..new page ;) ;)
5.Plan berjalan seperti yang dirancang sebelum ni..
   :- beli rumah (duit faiz)
   :- bisness dah boleh mula awal :) (punnnn duit faiz..mihmihmih)
6.get ready plan nak ..nak.. :x insya 'allah tunang,merisik khabar..kuikui
7. p/s : faiz... umpp..nak kucing kaki pendek tuh..yang comel gemok gemok          tu,,, (sambil wat mata shin chan)

8,9,10 etc..yang tu akan di tokok tambah dari masa ke semasa...

M.A.N.U.S.I.A



Mampu senyum seolah tiada apa
Akan terus memberi apa yang ada
Namun kadang aku juga lelah
Untuk ku ungkap amatlah payah..namun
Sakit ku tahan tidak mengalah
Ingin mengecapi sebuah aliran bahagia
Aku masih berharap

 

bad friend ever

salam..
sekian lama tak menjenguk blog ni..beberapa hari ni kehidupan agak terumbang ambing.kadang rasa macam lemas dalam lautan masalah.dan masalah makin bertambah.tak ada jalan yang terbaik yang boleh di ambil.waktu ni otak kena bijak.tak genius pun tak pe...

aku ada sorang kawan..perempuan.aku kenal dia waktu di PLKN (nightmare ever..) apa yang aku tahu family dia agak porak peranda.dia dibesarkan dengan tok dan tokwan dia.mak dan ayah dia seolah lebih pentingkan adik dia dan mengabaikan dia.
habis PLKN aku sambung di poli.tuh pun 2nd intake(nampak hidup aku teraturkan? sebenarnya aku pun ada masalah juga..rasa tak perlu nak tulis sini) and kawan aku tuh dia dapat sambung form 6.dalam masa yang sama dia dapat tawaran bisnes management kat PSP.tapi dia cakap dia terpaksa reject tawaran tuh sebab terpaksa menjaga tok nya yang sakit.aku sebagai kawan rasa simpati dna terharu dengan semangat yang dia.sesungguhnya aku tabik spring kat dia.sanggup korban kan masa depan untuk tok dan nenek dia

masa silih berganti.ada kala kami lost contact untuk masa 2,3 bulan lamanya..dan setiap kali dia muncul.setiap kali itu dia ada masalah seperti ditindas makcik nya.aku..sekali lagi sebagai kawan simpati. raya tiga tahun lepas.dia pernah menyatakan yang dia ada menjual kek moist.aku sebagai kawan.sebagai tanda sokongan kepada dia aku order kek kepada dia.2 biji.duit aku hulurkan awal-awal takut dia tak ada modal untuk beli barang untuk buat kek.tapi sampai hari ni.aku belum dapat kek aku walau secubit.dan setiap kali ditanya.dia bagi alasan dia tak dapat hubungi aku.sedangkan aku dah pakai no tu dari tahun 2005 dan hanya dia seorang..cakap tak boleh contact aku..bukan tentang duit.bukan tentang kek.waktu tuh aku tak peduli.bagi aku..kawan/mungkin dia gunakan duit tu untuk beli susu untuk anak dia..
ermm anak..dia ada seorang anak perempuan//hasil dari perkahwinan..im not really sure about this.sebab kahwin pun dia tak jemput aku.hanya mungkin setengah tahun lepas tuh baru dia cakap.sekarang dia dah berpisah dengan suaminya.anaknya berada di bawah jagaan mertuanya.aku simpati bila dia cakap.. "aku bukan tak mahu jaga anak aku.tapi aku tahu aku tak mampu jaga dia seperti keluarga bekas mertua aku"
aku simpati dan cuba memahami..tapi pelik rambutnya berubah fesyen.rebonding lagi.aku yang bujang belum pernah rebond di mana-mana kedai..dan tak pernah warnakan rambut seperti dia.rambutnya semakin perang.malah pakaian nya di we chat semakin melampau-lampau.kadang berskirt,aku bukan nak cakap aku mulia.bukan juga nak kata aku bagus.tak.tapi dia seorang ibu,sepatutnya dia lebih tahu anak bagaimana yang dia nak bila dah dewasa.

hari ni.bila aku ...
dalam keadaan kacau bilau..aku perlukan duit,aku minta kembali hutang dengannya..tapi mengecewakan..berbagai alasan.panggilan tidak diangkat.mesej tak dibalas...dia hanya kol balik bila aku kol guna no yang lain..
ada juga manusia macam ni..memang nilai yang dia pinjam tuh tak banyak.tapi dengan cara hidup dan style rasanya tak da masalah kalau dia nak bayar,dia bukan la seorang yang susah seperi yang dia "cirit" kan aku selama ni..
kawan oh kawan..
ini yang terakhir...
anis...
i will always remember your name...only..after 8years..aku kenal hang..baru aku kenal siapa hang
penuh dengan dongeng...
jadi...diluar sana ..berhati-hati pilih kawan
kawan tak seribu tak apa..janji ada 1 yang betul-betul boleh bantu...
nak tolong orang boleh..tapi cuba kaji betul betul peribahasa melayu ini

"BUAT BAIK BERPADA-PADA,BUAT JAHAT JANGAN SEKALI"

kita faham.kita dilarang berbuat kejahatan..tapi adakah kita peduli kenapa kita disuruh berbuat baik tapi disuruh juga berhati-hati.dan memilih orang yang kita mahu buat kebaikan?????

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk pesakit kanser


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7oKTxrpfYASLItQFG-K21fxXFTQJqMXbLE1PPQERLfRrMWnk6JA4RsKCiYc_snHaKyFm9W3-0_WzvGrNGWzpizN-euYG9rkRcU9jp0iUyhKXRVSd_GosWC9-eEdFaRIGElmeM-OfHYs8/s1600/pemakanan_sihat.jpg

1. Produk Tenusu: Keju, Susu segar, mentega dll.
 
2. Seafood: Gamat, Ketam Sotong dll.

3. Minuman: Kopi, Teh, Minuman bercoklat.

4. Daging: Daging Merah seperti daging Lembu, Kambing, Unta, Rusa dll.

5. Sayur dan Buah: Bergetah dan berangin seperti Nangka, Sukun, Cempedak Kundur dll.

6. Ikan yang Bersisik: Haruan, Gelama, Merah.

7. Makanan Segera dan Produk dalam Tin,: Ikan Sardin, Laici, Jagung, Minuman bergas serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.

8. Makanan Berjeruk: Ikan Masin, Telor asin, Budu, Belacan dll.

9. Makanan yang di Panggang: Sate, Ikan Bakar (Semua yang dibakar terdapat banyak karbon yang tinggi).

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/3c/LauPaSat_Satay.JPG 
10. Kulit Ayam dan Itik mesti dibuang.

11. Makan banyak sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga dll.

12. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan ikan air sejuk seperti salmon, tuna, tenggiri, kod.

13. Makan banyak tempeh, tofu, tahu dan air kacang soya.

14. Makan sayuran organik

15. Makan cendawan payung, tiram, shitake dsn.

16. Makan makanan yang banyak betakeratone, karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.

17. Makan sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.

18. Minum air yang bersih yang bebas dari klorin, banyakkan air mineral.

19. Jangan memakan kentang, bawang yang bertunas, kerana tempat yang bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen kanser.

20. Makanlah makanan seperti spirulina.

21. Kurangkan minuman bergula.

22. Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.

23. Jika makan di luar, makanlah makanan yang berkukus, sup, reneh/stew atau oven grill.

nafsu amarah pembawa kecelakaan

salam...
saat ini getir tegang dan kadang situasi terlalu mendesak sehingga tersilap buat keputusan...dalam seminggu ini memang aku agak sibuk.walaupun tak seberapa menjaga faiz..
 
aku cuma nak bercerita tentang amarah atau sebenarnya amarah ini berpunca dari hasad dengki...seumur hidup aku..aku tak pernah berdepan situasi dimana hasad dengki,yang membakar rasa amarah.pernah aku ceritakan bagaimana susunan politik ditempat kerja yang memualkan?
dari kerana berebut tentang pangkat atau terpengaruh dengan orang lain..api hasad dengki mula menyala.tak cukup dengan itu,hak peribadi orang lain dilanggar,penghinaan,menjatuhkan.fitnah,menzalimi termasuklah eksiden dimana hidung berdarah dan tisu dilempar di atas meja semata tak nak kotorkan meja tu.bagi aku itu satu penghinaan dan bagaiman dengan sengaja mereka melepaskan pintu dan terkena hidung faiz.tak cukup dengan itu mereka memburuk-burukkan nama faiz di department yang lain termasuk cuba mempengaruhi orang luar.zalim!dan bertambah celaka di mana mereka berpakat menjatuh kan faiz dengan fitnah sehingga keluarga hilang kepercayaan.kerja digantung.Allah ini dugaan maha hebat. berikan faiz kekuatan...
hari silih berganti...betul..rezeki tuh Allah yang bagi.faiz dapat rezeki yang lebih baik.ada yang betul ikhlas untuk membantu ada yang tak kurang sengaja wujud sekadar nak ketawa dan berpuas hati.betul juga di mana setiap perbuatan yang jahat akan dapat pembalasan yang setimpalnya.mereka yang menzalimi faiz ditukarkan tempat kerja.anehnya.semua jari tertunjuk menyalahkan faiz.masakan seseorang dalam proses penggantungan mampu mempengaruhi pihak atasan untuk menukarkan mereka??? bukan kah lebih baik dia pertahan diri dan tidak lagi dalam proses gantung ini.yang bebal percaya.dan yang bersalah masih cuba mengakkan benang yang basah...
betul...iman itu tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.biarpun ayah berpangkat haji.dan berasal dari negeri yang pemimpinya lebih keagaam serta disebut sebut negeri yang penuh kemuliaan..itu tak menjanjikan anak jati itu seorang alim ulamak.tidak pun seorang hamba yang soleh.sekali dalam hidup dan cukup ini kali terakhir.anak si haji yang berhati busuk itu mula bermain cara kotor.sikit pun tidak menoleh segala kejahatan lampau dalam menzalimi faiz ketika sebelum ramai-ramai menjatuhnnya.dan kini bila neraca itu cuba berdiri seimbang.dia terus menunding jari.ancaman dan ugutan bagaikan sebuah kata yang tak bermakna.kerana terlalu merasakan diri mulia.anak si haji sanggup menggadaikan masa depan nya masa depan bininya..

hanya kerana cemburu
membawa kepada amarah
terus ke dendam
terus ke syaitan
biarpun ayah mengangakat panggilan haji
itu bukan satu jaminan

Dimana mentari


salam...
dah berhari aku tak update.sibuk fikir...padahal entah apa aku fikir kan..hurmmm
susah ke kalau nak faham orang lain?
susah ke nak hargai pengorbanan orang lain?
sebab amarah? sebab benci?
sikap profesional dan emosi mula sebati.seolah jalan yang melulu itu terbaik untuk di lalui
kadang aku bingung.tutur aku menjadi punca pergaduhan
yup...aku api..aku yang paling suka mulakan
does people think that person like me..will say..anything.....anything when they get mad..

right we were talking on the phone..and he sooooo....sooooooo stubborn
i cant control myself right now
nada mula kasar,..melenting
ahhhhhhhh
this is not a typical cat fight
hanya orang tertentu yang tahu..dan faham
antara perasaan sayang dan rasa tidak selamat
semoga dia berubah hati
gudnyte




jiwa yang lara dan kontang menanti sinar dan hujan
me.....
myself

kunfayakun

hari ini aku rasa macam hari paling teruk untuk aku lalui..ponteng kerja...aku cuma fikir tak nak lakukan kesilapan yang buat aku menyesal seumur hidup.biarpun iktiar ku sekadar sampai air dan habbatus sawda..
aduhhh sakit kepala..hari ni tak fokus.kepala sakit..banyak menangis..menangisi nasib..
tolong jangan berlalu pergi...
kemarin..aku dapat berita dari faiz.kata doktor yang merawatnya..ketumbuhan faiz semakin membesar.biarpun ada rawatan laser tapi tak mampu menghalang ketumbesaran tumor tu.awalnya aku tak peduli..bukan tak peduli tapi dalam hati ku tiada gusar.aku yakin semuanya akan baik dan selamat.mudah-mudahan la..
tapi ketakutan mula menguasai minda..kejap-kejap aku menangis teresak-esak..hati menjadi takut.takut kehilangan faiz.paling terpukul bila faiz kata "teruska kehidupan.capai impian dan cari pengganti seperti dia..lebih baik dari dia." dada sebak..jiwa sedih.tak tahu.air mata mula bertakung,mula teresak-esak.mungkin aku boleh dapat orang yang rupa saling tak tumpah macam faiz.nama nya.cara dia.mungkin juga lebih baik.tapi takkan sama dengan faiz.sungguh takut sangat kehilangan faiz..
apa gunanya duit jika tak mampu membeli sebuah kehidupan.. :'(

langit hari ni mendung..semendung perasaan ku.kerisauan tentang kerja kadang datang mnganggu.serius aku tak suka bila soal peribadi dan kerja bercampur.tapi aku takut..takut andai aku kehilangan saat untuk bersama faiz.aku takut jika pertemuan ini yang terakhir.minggu depan selasa atau rabu faiz akan menjalani pembedahan.semoga semuanya selamat.biarpun peluang tu tipis aku sentiasa percayakan Dia.kunfayakun...jika dia kata kan semua akan berjaya tiada teori mampu menyangkal segalanya..aku harapkan...
berkali aku tanya faiz...bulan 10 ni dia akan datang sambut birthday dengan aku seperti dirancang.aku takut tangan yang ku genggam hari ini..adalah yang terakhir genggamannya.kuat.penuh harapan

aku mengharap..harapan setinggi langit..biarpun tak mampu aku gapai..aku mendogak ke atas..melihat..penuh pengharapan dan sinar...

faiz yang dicintai
perasaan yang kita semai baru bercambah..baru bertunas
biarkan dia membesar bersama baja harapan kita
jangan..jangan hentikan