: : My wishList : :

pinky car
Gimuk Sehat
M.A.F buat rawatan
M.A.F Sihat INSYA'ALLAH
RANGE ROVER
KAHWIN WINK WINK
UMRAH
DAPAT BALIK LENOVO,LAPTOP ADIK DAN DUIT .ALLAH MUDAHKAN
ORANG YANG MENZALIMI DI ADILI ALLAH

plan for future..lompat satu langkah

semalam..sebelum adegan bergaduh sehingga aku terpaksa tidur pukul 1 lebih..aku dan grey worrior berbincang tentang masa depan.. (pasal gaduh bodo2 tuh aku tak nak selit lagi disini..miahahhaha).
semalam grey worrior ada bertanya...bape hantaran yang aku nak..hahha..bila di sebut rm11k terus aku cakap yes..hahha..perasan plak dia babak tuh...hurmm agak blank space di otak aku..kalau nak bertunang ape yang patut aku dahulukan? aish..even akak aku pernah tunang dan memang serabut sebenarnya nak memenuhi adat dan tanggapan orang.susah kalau takder yang tuh tak der yang ni..ha mula jadi bahan mulut orang..haiyoo

so aku plan cukup la grey worrior bagi 3 sudah..satu dulang penuh dengan coklat yang sedap..toblerone ke,kinder bueno (ni feveret aku) kisses ke..ferrero rocher ke..kecuali...cadbury...no no...dulang ke dua kek cukup..huhuhu..kek secret recepi...hahaha..demand nya..nak choclate indulgance,,, (eja cenggini ke) dan dulang ketiga cincin..hehehhe

aku pula..hermm 5 dulang tak terfikir nak bagi ape lagi..haiyo..normally manusia di kampung aku ni bila tunang kasik benda makan je..so bek aku bagi benda makan juga untuk mengelakkan buah mulut semata melanggar """"adat"""  (bukan agama)..

dalam plan aku...
-cupcake (no idea nak order kat sape)
-choclate ( coklat murah2 sudah..sebab nak guna duit sendiri..hahhaha)
-buah-buahan
-?
-?

hermm tengok la..mana yang kena...huhuhu~

aku suka tengok dayana dengan ashraf..nampak sweet disitu kan... 

first time


sabtu baru-baru ni aku keluar dengan grey worrior..nak tengok wayang..confuse gak nak tengok apa..into the woods macam best tp genre musical pulak...karut betul.jadi aku pun pilih the boys next door..lakonan jenniper lopeh..cerita ni aku bagi 2bintang cukup la.aksi tak banyak..banyak babak pun nak tayang body si jenniper je..malah jalan cerita terlalu ringkas dan seolah more tu..tuuutttt....di mana jenniper ni ada masalah dengan husband dia..husband dia curang,so dia pun nak mintak cerai la sebab dah frust sangat tapi dalam masa yang sama husband dia macam menyesal dan nak pujuk balik..dalam tempoh tuh..jiran si jenniper ni ada anak buah...laki ni yang tolong repair garaj jenniper yang rosak..so anak si jenniper ni suka la sebab dapat kawan baru..anak jenniper ni pulak selalu dibuli di sekolah...so mula la plot plot di mana isteri kesunyian dok usha mamat taff berketul-ketuk bukak baju bagai..dan si anak buah jiran ni mula menggoda jenniper sehingga la,,depa...ehem,,,,jenniper ni rasa brsalah.sebab dia sayang lagi husband dia..so dia mula insaf dan nak bagi peluang kat husband dia..apa lagi..anak buah jiran dia bengang la..so mula la aksi psiko yang agak menyeramkan..dan rasa tak selamat..papepun...kalau yang suka carita psiko boleh la..kisah cinta terlarang antara budak bawah umur dan seorang mokcik anak satu...
 
ehem..aku bukan nak cerita tentang wayang..tapi separuh dari filem tu aku layan sorang-sorang sambil makan nugget wayang yang rangup tuh..kesian tak?? sedut punya sedut air lemon tea sorang-sorang..waktu ni grey worrior aku jumpa family dia,mak,ayah dan adik dia datang dari perak..ok ni first time aku jumpa mak and ayah dia lepas tuh sembang depan-depan..serius cuak..boleh pula grey worrior tak cakap family dia nak datang..
mula dengar waktu tengah makan aku agak teruja jugak la..sebelum ni rasa seolah menantu tak dianggap.,.kali ni jumpa mengejut..nah hambik..aku cuma banyak senyum tak tahu nak cakap pe..malu segan semua ada...
mak grey worrior asyik tanya..lyana..kamu suka kawan dengan faiz yer...kenapa kamu suka kawna dia dia..dia bukan ada ape pun..glup! aku tak tak nak jawab pe..mula otak menerwang..aishhhh kenapa aku suka faiz....kali kedua mak grey worrior tanya lagi kenapa kamu suka faiz,faiz bukan ada apepun..tak hensem pun..ape pun tak der,,..sekali lagi otak melayang..aisshhh sebab pe aku suka faiz ni???

hurmmm aku rasa tak perlu sebab pun untuk kita suka kan seseorang..cukup bila hati rasa suka,,dan terima seadanya,,malah kita sendiri selesa itu dah lebih dari cukup..jika kita suka someone sebab something contoh sebab hensem,,satu hari kehenseman tuh dah hilang adakah aku akan masih suka dia?? masih ada alasan kah untuk aku suka dia???
btw aku hepi sangat..walau tangan aku berpegang antara satu sama lain(tangan kanan dok pegang tangan kiri,sambil kuis kuis kuku,,,tak tau nak watpe)..segan!...aku happy tengok grey worrior tersenyum lebar jumpa family dia seolah jejak kasih..mihmihmih..mak grey worrior tak habis nyakat dia..dalam hati aku ada debar lagi..
hari tuh grey worrior lain sangat..dia seolah terlalu happy...
sebelum makan "sayang nak makan pe? pizza? manhattan? cakap je" alih alih pekena chicken rice shop...sedap pula menu ayam special arituh..my fav nyonya pai tee (eja cenggini ke?)  habis makan..hemm sayang nak beli ape? tudung kasut? bie belanja,,wahh kemah keming.,,,
so aku ahrap family grey worrior dapat dapat tiap minggu supaya grey worrior lebih bermurah hati nak belanja aku lagi lepas ni..miahahhaha...

i love u bie..
i have no reason..why i fall in love with u
i just know that...
i love you..so much
tolong sihat my grey worrior

 


aku typo
sorry

Gloomy me


isnin bermula lagi..
aku tak pasti aku ke yang tak bersyukur?
makin lama makin rasa tak sesuai lagi nak teruskan macam ni..aku sedar kedudukan aku..cuma bila perkara remeh yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kita..diletakkan atas bahu aku,rasa dan makin kurang..tak boleh nak detail kan lagi apa yang terjadi..takut nanti dibawa bawa

beberapa bulan aku tunggu grey worrior akan lakukan something untuk bawa aku dari situasi ini..tapi nampaknya sampai saat ni..masih begini..masih disini..bukan tak bersyukur tapi aku pun ada perasaan..bukan tak bagus tapi penat menghadap yang palsu...
mungkin masanya akan tiba...mungkin esok lusa?
aku perlu melangkah
aku perlu buat sesuatu...
aku tak perlu tunggu grey worrior tolong aku
i can do it
see yah dunia
salam...

---sambung balik kerja,,,

Ragam kucing ... :')

waktu ne  momot baru lahirkan Gimuk a.k.a Gimmy (nama manja sekarang) -coklat,oren putih
oren a.k.a Yen -oren , putih
Bubu - kelabu,putih
dan Dora -hitam,oren,dan putih (tiada dalam gambar)

wah time tuh happy giler macam mana orang happy dapat anak buah aku pun happy tak terkata sebab dapat kucing..YES YES im a cat loverrrrr..muahh ciked...
tapi sayang waktu kecik Bubu tak dapat membesar (waktu ne aku kurang bijak la tentang penjagaan kucing) mungkin sebab cacing,matanya asyik tertutup dan dia hilang selera makan..dan akhirnya Bubu mati dalam umur seperti di atas...

fyi aku dah lama dengan kucing ne..tapi yang aku rasa,.,.sekarnag kucing pun agak sensitif seperti manusia.. manusia zaman dahulu antibodi dan imunisasi lebih kuat..berbanding sekarang..begitu juga haiwan..so seprti mana kita begitu alert jaga kesihatan kita..kucing pun macam tuh..elok kalau disuntik antibiotik dan cucuk yang cacing tu( atas 6 bulan)



birthday celebration


the most i hate about birthday date is..im geeting old...ouchh 26 years old is not a good number anymore to stay single but the my favourite part is..the gift.. (waddafut) aku cakap omputeh pasar.dah macam lalok..
 hari ni bukan birthday grey worrior dan bukan juga birthday aku..tadi saje transfer gambar dari dalam internal storage ke sd card...sia-sia je..ada 8gb aku cuma guna 2gb di sd card..dan internal aku yang 11gb tuh dan nak full.. (nampak betapa sebenarnya walaupun aku nampak giler dengan tekno ni sebenarnya habuk ape aku tak tahu..mihmihmih)
bukan tentang buta tekno yang aku nak cakap..tapi waktu tengah transfer bagai aku tengok pic waktu birthday grey worrior..huhu..hadiah dari aku..kononnya...

grey worrior muda beberapa bulan dari aku..

 

Semoga Sihat


hello mr 2015...dah minggu ke dua pun dalam tahun baru.umur dah semakin meningkat.kesian aku :)

lepas wat rawatan tuh aku rasa banyak perubahan positif pada grey worrior....
 - dari seorang yang stress sebab sakit,now grey worrior lebih positif
- dari seorang yang "bermasalah" nampak keliru dan serabut,sekarang grey worrior nampak lebih tenang..
- bab ni penting... :) dulu kerap hidung berdarah sekarang dah kurang..kalau tak silap agak jarang dah..
- ini lagi penting....sebelum ni kalau aku nak sentuh kepala dia(nak pegang bonjol bengkak)...baru terkena rambut pun muka grey worrior dah berkerut menahan sakit,apatah lagi ditekan perlahan..tapi sekarang bila terkena rambut tak berkerut dah..relek je..hehhe dan bila ditekan perlahan pun dia dah tak sakit.kecuali ditekan lebih kuat sedikit...

yahooo..alhamdulillah..gembira tak terkata..semoga ..ikhtiar ini membawa pada orang yang tepat..
syukur sangat..atas perubahan positif yang jadi dalam diri grey worrior..

kuat kuat!

insya'allah AJAL tu di tangan dia..
kita selagi mampu bernyawa..kita kena usaha,kita kena ikhtiar,kita tak boleh duduk diam..
selepas tu berdoa semoga dipermudahkan..
walaupun ajal tuh pasti,tapi Allah pun nak kita usaha..nak tengok sejauh mana kesungguhan kita..biar Allah yang nilai..jangan tunggu dan diam..

sama macam makan..kalau makanan sudah ada depan mata,tapi kita tak nak ambil makan..
sampai bila kita tak kan makan kan..
sama ada kita habiskan makanan
atau tiba-tiba pinggan terjatuh dan tak sempat makan..tuh semua dari dia..

grey worrior
tolong sihat ok
help me :'(


Lautan -Yuna (ost lagenda budak setan 3 )

bila dengar semala rasa macam...sedapnya suara Yuna...lirik pun mendalam..hehehhe song dedicate to my grey worrior
Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada
Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Yeah
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada
Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan
Kerna kini kau ku ada
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada
 

Alahai kPOp..

KPoP.. aku rasa ramai yang suka baik drama tipikal dimana lelaki kaya raya naik hyundai..si gadis kampung cuma berjalan kaki..kemudian jatuh cinta..lepas tu ada waktak ketiga..watak ketiga ni normal nya..si hero suka tapi dia jual mahal..so heroin dapat peluang la kan..dan dalam keadaan cinta tarik tali wujud pula watak lelaki kaya yang lain.,,yang ensem bergaya gentleman smart kemas bijak yang tergila si heroin..tapi last kompem la si hero dengan heroin kan??

tuh filem / drama... aku pun suka gila weh...filem..sadis tersedu aku tengok..tapi sebut band..ha..baru-baru ni kecoh la seantero dunia yang dimana awek bertudung (minah minah tudung zaman sekarang..ramai...treeeetttt..siapa bilang gadis melayu tak menawan,tak menarik hati tiada memikat kalaulah memang tak mungkin abam kpop terpeluk...hihihi) kecoh kes ni dimana awek melayu bertudung merelakan diri mereka dipeluk dan memeluk abam abam kpop sehingga mencetus kan rasa tak puas hati dikalangan lelaki yang menggelarkan abam kpop ni sebagai plastik???what?? dan terus menghukum awek awek ini sebagai tak bermaruah,murah bla bla bla (their mother is gay) sebab tu main judge je kan..

lupa pula..awek awek kpop tu tak plastik ke? huhu disebalik plastik dan makeup tuh terselit wajah auntie yang bergaya..jangan lupa tuh..kemah keming tengok wonder girl berskirt pendek..tengok 2NE1 menari ghairah,tengok HYUNA bergangnam style terliuk liuk..tengok awek awek girl generation ber geeeee geeee geeee geeeee geeeeeeeeeraaaaaammmmm.... huhuhu
entah apa tindakan kita disebalik tengok semua gebu gebas tu kita buat yer?? hikhikhk
haiippp simpan rahsia tuh jangan dicerita baru nampak mulia...
kalau awek awek korea datang sini tarik tangan ke pentas nak tolak ke weh?  nak cakap .."ehem maafkan saya,saya sebagai khalifah sebagai pemimpin kaum hawa tak patut bersentuh seperti ini?" huhu memang tak la kan?

ok la aku tak suka korea..tak minat pun tapi layan juga lagu yang sedap..sekarang ni aku tengah layan lagu ft island..best..dalam aku membenci plastik pun sebenanrnya aku mengaku..yer la diorang nampak lawa lepas plastik..huhu cemana? kalau aku yang tak minat pun boleh mengaku mokcik disebalik plastik tuh cantik apatah lagi yang bertentangan gender kan?
aaahhh malas berlagak alim...
aku tak cakap boleh peluk plastik korean guy tu..tapi tegur biarlah berhemat yang sampai hina dia panggil macam-macam...korang pun tak suka kan kalau orang panggil kat adik perempuan korang yang merepit atau duduk di seat sebelah dalam kereta dengan lelaki lain selain ko,abah ko,tokwan laki ko..kan?


jomlah layan plastik..plastik..huhu...plastik plastik pun korang cakap "lawala" cute la bebi face la..hihihi
lumrah kan..
jenuh aku punya tapis gambaq minah ni..seksa melihat...aku tak nak bertanggungjawab atas aktiviti selepas ini...selepas plastik bebi








sama tapi tak serupa


selepas proses rawatan tak ada yang kami gaduh sebegini..dan seperti biasa aku akan bercakap ayat yang mengguris hati grey worrior...aku selalu rasa dia tak faham aku..dan dia beranggapan aku juga begitu...adakah kami sebenarnya yang tidak saling memahami???
aku sendiri tak mampu nak ungkapkan..
awal dulu..setiap kali gaduh..grey worrior akan pujuk aku..pernah sekali tuh di awal perkenalan dan aku tak ingat kenapa aku begitu terasa dengan nya..kemudian panggilan terputus..aku ke tandas..kemabli dari tandas banyak misscall dari grey worrior menunggu ku angkat panggilan memujukku..

masa berlalu..jika dekat bagus..kita dapat kenal lebih siapa dia..tapi yang tak bagusnya bila kita terlalu banyak mengenali akan ada perasaan penat dan muak..
sekarang grey worrior dah tak macma dulu..dah tak peduli dengan merajuk aku..ahh asyik asyik aku je merajuk..asyik-asyik hati aku je yang perlu dijaga..kini gaduh..hanya 2 misscall dari dia.. :)
betapa masa tu sebenarnya mengubah kita...
terlalu banyak yang dia pendam..terlalu banyak yang dia simpan...terlalu banyak yang dia bersabar dengan ku
sekarang dia di dunia yang baru,,,dia sudah hampir kembali kepada kehidupan yang dulu..walaupun dah tak serupa...

dia dah berubah..dia dah tak peduli dengan aku...
mungkin ini masanya...

maaf


Apa perasaan ini?


setiap perkara ada permulaan..dan setiap permulaan akan ada penghujung..sama macam kehidupan..setiap kehidupan akan akan ada kematian..sama ada pokok,binatang mahupun kita,,,
dalam setiap perhubungan pun akan ada permulaan..dan selalunya permulaan tu indah kan??? :)
perhubungan ni macam mendaki bukit,waktu permulaan tu,,bersemangat sangat nak melihat di atas dan berda dipenghujung,,,tapi sewaktu panjat tu,terlalu banyak rintangan,jiwa kena kental baru sampai di atas..bukan mudah ..kalau mengaku kalah mungkin akan berpatah balik..kita boleh terus dan terus mendaki..sehingga sampai di atas bukit.lihat sekeliling,,indah bukan..? terasa puasnya dalam bersusah payah mengharungi rintangan mendaki..tapi tiba di atas tiba langit kelam...guruh sambung menyambung,,mungkin kita akan saling melindungi atau masing-masing bawa haluan sendiri..sehingga pelangi datang?
kemudian kita turun ke bawah..mungkin tak sesukar tadi..tapi juga tka mudah,mungkin akan tergelincir dan sakit nya lebih dari ketika mendaki...siapa tahu..adakah ketikan di bawah kita masih bersama..atau kau,kau dan aku adalah aku?

abaikan perumpamaan yang merapu di atas.,
sekadar kongsikan...pengalaman ketika putus cinta,,saat kenal,berjanji segalanya cukup manis..aku percaya..jodoh yang kuat akan menjadi mudah.jika tiba-tiba dipertengahan ada alasan untuk saling menyalahi,ada alasan untuk menjauhkan diri...mungkin itu satu noktah yang kita tak mahu hadapi..aku pernah lalui..dikhianati..rasanya perit..jiwa sakit,tiada semangat teruskan hidup..jahatnya setan kadang datang berbisik untuk aku tamatkan hidup didunia ini..aku terjatuh,terjelapuk..disitu..\
dugaan maha hebat berkaitan hati,dengarnya sekecil kuman masalah ini..hati yang hancur kat dalam tiada yang nampak..aku terus hanyut dalam dunia sendiri,menyepi dan menjauhkan diri..sehingga satu hari..aku tersedar..aku seolah bangun dari mimpi dan menghadap realiti..aku..tak harus begini..masa untuk aku bangun...
 
masa tu berlalu pergi..sakit masih berbekas di hati..yer aku takut.tapi tak serik..kali ini yang baru mendatang..tapi berakhirnya dengan begitu kejam,,terasa,,di saat tiada tongkat disisi dia..aku cuba untuk memimpin tangan nya,,sehingga satu hari...ketika semuanya lancar untuk hidupnya..
semuanya berubah,..salahku.adalah satu perasaan dipendam nya..keburukan aku menjadi punca perpisahan..
senang cakap.aku pemarah,kuat mengamuk,penting diri..suka buat orang terasa..dan aku rasa aku dah cukup mengambil berat tentang dia..tapi satu lawan semua kuburukan tu tidak cukup..jika aku benar mengambil berat tiada hati yang akan memendam keburukan ku..
masa singkat..terluka lagi..
aku penat dengan realiti bermain api
sehingga aku jumpa lagi..
kali ini..taka da harapan setinggi langit
tapi semua berubah..dari masa ke semasa..aku menaruh harapan setinggi langit..dia lah yang akan membahagiakan ku,,dia lah yang menyempurnakan hidupku.,,terasa diriku begitu mengambil berat sehingga hari aku,.,aku sedar lagi..jika aku mengambil berat mungkin dia juga tidak terluka..
aku masih lgi,,penting diri,pemarah,tidak fikir perasaan orang lain..aku teruk!
jika aku emilih untuk pergi bukan kerana benci..
dia perlukan sesuatu yang lebih menghargai diri dia,,,
sesuatu yang mampu membahagiakan nya,,bukan insan penting diri ini
maaf atas kata yang buat dia terluka...
terbanglah...anda bebas..

:)

masihkan ada peluang untuk kami
aku dan dia??
masihkan ada lagi nilai janji dan perancangan kami?
masihkan diri aku ini
diperlukan untuk terus disisi
dia punya kehidupan baru
dia akan lebih baik begitu
aku penting diri...
adakah selama aku cuba disisi sebab aku mengharapkan pembalasan?????
hinanya aku.,,malu!
aku teruk
maaf atas kekhilafan
maaf atas segalanya..
mungkin aku patut redha..
jangan begini

rezeki,jodoh dan ajal

rezeki,jodoh dan ajal..
huermm aku rasa dua point di hadapan tu memang menyesakkan jiwa kita kan..sebab tuh la soalan cepu mas yang cukup merungsingkan..

orang tanya
"kenapa tak minta kerja lain?"
orang tanya
"kau dan 26 bila mau kawen?"
 tapi orang tak tanya..
"kau ni dah tua..bila nak mati ni?"
orang tak tanya pula
"kau ni hidup atas dunia pun pakai seksi,bila kau plan nak mati?"

kan kan..kenapa ye or tak tanya? Ehh tak baik la tanya pula bila hang nak mati..biadap namanya tuh..bahasa utaqha kata "kuajang"
bukan ke mengingatkan tentang kematian tu baik sebenarnya..tapi kenapa kita tak tanya?
"ajal kan di tangan tuhan?"
jadi faham tak qada dan qadar..
rezeki.jodoh pun Allah yang tentukan..
3 perkara tu tak ada sapa pun..boleh jawab..jadi jangan la nak susahkan diri fikirkan kesimpulan untuk orang lain...

"belum ada rezeki"
"belum ada jodoh"
"belum tiba ajal"

jawapan tipikal..tapi bukan kah jawapan tipikal tu membawa kepada tujuan yang sama..
"berusaha,berdoa,bertawakal dan buat yang terbaik"

makcik-makcik kesayanganku..
tolong jangan biarkan kami menjadi tuhan.
tak mampu rasanya nak menjawab bagi pihak DIA
sebab..DIA tahu apa yang terbaik..dan DIA lebih tahu apa yang paling baik

so wait,do,and dua..
peace

sekian~end

Cinta biar sampai ke syurga..



tadi saja belek-belek blog saudara Abil..rasa ramai yang tahu..blog yang ditulis khas untuk arwah isteri beliau..walaupun hingga hari ni.;.masih ada entri tentang arwah isteri..masih menyebut nama arwah isteri..indah rasanya.. tak pernah terfikir dalam otak fikiran aku akan wujud seorang lelaki macam saudara abil..aku yang baca blog tersebut pun seolah terasa "perasaan" tuh masih ada..sikit pun tak kurang..
bukan senang nak menjaga seorang yang sakit..malah isteri..tak ramai lelaki yang memilih untuk menolak keinginan sendiri..tapi saudara Abil berbeza..dia sangat menghargai arwah isterinya..entri yang menarik perhatian aku tentang soalan "apa istimewanya arwah kak Gee (nama arwah isteri) " tapi tajuk entri tu aku tak ingat..
dalam entri tuh..saudara abil ada bercerita tentang betapa dia meletakkan status dan kedudukan isterinya terlalu tinggi sebagimana isterinya ketika hayat dan diwaktu sihat arwah isteri nya meletakkan dia di tempat pertama dalam apa perkara pun.. biarpun ketika 2,3 pagi dia lapar.arwah sierinya bangun dans ediakan makanan..walaupun baru bangun tidur.ketika bercakap-cakap dengan kawan.ketika dia meminta minuman,arwah isterinya meninggalkan kawan sementara untuk melayan suami..serius,,sedikit sebanyak sebenarnya itu satu pengajaran bagi aku..aku perlu belajar menjadi begitu..suami adalah yang pertama..sob sob..terasa sedih..aku belum tentu boleh jadi macma tuh..harap grey worrior aku tuh tak la benci aku yang kuat cakap..takmau..jangan.alaaaa...meluat..ayat-ayat carut..
heheheh... 

semoga aku dan grey worrior boleh juga jadi seperti saudara abil dan arwah isterinya.."perasaan yang tak pernah mati" dan cinta tu di bawa ke syurga..
harap suami-suami di sana pun ambil kisah saudara abil yang begitu menghargai isterinya..
*adehh awat ayat ni macam ayat novel

bila ntah nak jadi macam kartun di atas,...

adoi...kalau ikut hati..mati lah.mereka



hari ini hari pertama..ermm sebenar nya hari ke dua.. grey worrior di tempat baru..wah..rasa bahagianya..hehhe..alhamdulillah...grey worrior banyak berubah,tenang dan dah macam dulu,.. (terharu..sedih...) cuma yang buat aku panas grey worrior balik dari kerja..dan charger yang aku bagi dekat dia dah rosak..hurmm dah la agak mahal bagi aku..senang-senang je roomate dia guna dan rosakkan..malah siap tak nak mengaku lagi..dan boleh pula nak tunding jari...serius sakit hati..kalau ikut hati..macam nak tampo-tampo je..tapi dengan tamparan seorang perempuan tak da maknany nya..kalau nak dibandingkan dengan 2,3orang roomate dia yang kurang ajar tuh..\
budak repeat..so faham la,...mungkin yang repeat kalau terbaca entri aku ni bengkek sorry..aku cakap tentang diorang..tak pelik pun diorang repeat mechanical engineering sedangkan ramai lagi yang boleh grad..bukan belajar di luar negara,phd ke,master ke...ni diploma di politeknik je..(aku pun ex poli)

ini bukan kali pertama..selain selalu sengaja jatuhkan baju yang grey worrior basuh..ke atas tanah.mencuri roti di dalam beg,makan kacang dari mekah yang aku bagi..memang aku tak halal kan untuk masuk dan menjadi darah daging..biar 70 keturunan mereka semua nya dan selepas tuh baru aku halal kan makanan yang masuk dalam darah daging mereka..

aishh kacau plak grey worrior ni
time aku banyak idea nak menyumpah diorang time ni dia dok sembang pengarah kat fon ne..
haiyooo...

sekian~

masa berterbangan ke hadapan

minggu pertama tahun 2015..betapa masa tu terbang dengan cepat...walaupun kami bersama tak lama..lebih kurang 8 bulan..tapi aku rasa seolah kami dah terlalu "lama" kenal..terlalu banyak suka dan duka..(chewah) susah senang.maki makian mahupun sayang menyayangi..
tak mudah lalui dugaan 2014..terlalu memeritkan..tapi kami masih kuat,.walau berkali juga aku mengaku kalah terhadap hubungan kami..tak sangka masih kekal sampai kan ke 2015..
adakah ini jodoh,angan-angan atau..mungkin esok lusa berakhir??
who knew...

kalau nak ditaip satu persatu macam tak muat,rasa tak nak ingat..tapi dari situ kami jadi kuat,
bagaimana kehidupan seolah pelarian.duit semakin habis,terpaksa pinjam duit orang.ada yang hulurkan bantuan,ada yang beri banyak alasan,bagaiman orang yang berhutang melarikan diri,tak membalas hutang,berjanji tapi menipu..aku ingat dan akan mereka yang setiasa bantu,,,alhamdullah..
salah seorang sahabat nabi (aku tak ingat nama) ayat yang lebih kurang macam ni.."kalau nak kira sahabat..kira ketika kita ditimpa musibah"

semalam..aku marahkan grey worrior..hanya kerana seorang budak kecik..aku tahu apa yang aku cakap terlalu keterlaluan..tak berhati perut..tapi kerana rasa marah yang amat sangat..aku sakit hati dengan apa yang terjadi..is that worng..kalau aku benci kan mereka? apa yang mereka buat amatlah kejam..apa bezanya orang yang mengira detik dan hari dunia ni dan dengan kanak-kanak yang akan membesar,,menjadi sesuatu yang kita belum tahu?
aku sedar..atas kekhilafan aku..perasaan kesumat aku..
aku terasa amat terasa bila tiada yang bertanya khabar grey worrior..sedangkan mereka tahu khabar doktor tentang hayatnya..aku sedih...
disebabkan..grey worrior amat sayangkan dia..aku cuba buang perasaan benci pada anak tersebut,,yer dia tak bersalah..tapi aku rasa sape pun yang rasa dizalimi..pasti akan ada rasa benci pada keseluruhannya,,
atau mungkin aku saja yang ada sifat buruk ni
aku yang khilaf
masa berterbangan ke hadapan..kita tak tahu masa depan..
entah kenapa beberapa hari ni..aku rasa janggal..sangat janggal..dengan situasi sekarang..baginya sama..tapi aku tersa berbeza..taktahu mana titik nya rasa atau punca..aku rasa kadang macam jauh.,kadang macam menyepi..
silent is the best killer..
kadang kita tak tak tahu..dalam diam sebenarnya..mereka dah lama pergi..

Si merah Si puteh


hehe..dah macam tajuk lagu black dah..ehheh aku rasa tajuk lagu ni macam ada sumething aura yang kuat disebalik tu..sama ada positif atau negatif...

semalam,aku dan grey worrior lepak di tepi pantai..ternampak air mata dia bertakung,cuma ditahan merah mata putih dia..aku tahu disebalik "tak da pape" ..disebalik.. "tak menangis" sebenarnya ada rasa terasa, even aku pun boleh terasa apatah lagi tempat dia..tetiba mereka pergi tanpa khabar berita...

kemudian aku tanya..di atara pemandangan di kanan dan pemandangan di kiri suka yang mana satu?
grey worrior jawab..pemandangan di sebelah kanan


see..lapang kan..? nampak macam tiada penghujung..rasa tenang.langit biru..jingga..luas seluasnya..seolah tiada halangan..
kemudian aku tanya..kenapa tak suka dengan permandangan yang kiri?



grey worrior jawab "di sebelah kiri ada bangunan.."
ada kapal..laut sedikit tercemar disitu..kalau dilihat dengan mata memang disebelah kanan..pemandangan lebih tenang..sangat tenang..

kemudian aku berkata..cuba lihat di sebelah kanan..bagaimana kalau disebalik gunung tu ada pemandangan yang jauh lebih cantik berbanding di sebelah kiri?

moral yang aku nak share kan..pemandangan disebelah kiri,dihalang bukit,ada kapal,bangunan..terasa sesak nafas adalah simbolik kepada masalah dalam hidup..
bagai mana disebalik gunung ada pemandangan yang lebih cantik? simbolik untuk hikmah.nikmat dari ujian..siapa tahu..nikmat ujian lebih manis dari madu lebih indah dari bunga,,

dan pemandangan disebelah kanan..adalah simbolik kepada kehidupan yang stabil dan tenang..tapi kalau ditenung lama-lama,,kita akan merasa sedikit bosan..seperti juga hidup..hidup yang diduga jauh lebih indah..
dan aku toleh ke kiri kembali..pemandangan yang ada bukit,kapal dan bangunan...sang suria dah nak mengundurkan diri..
subhanallah..indah :)
tak terkata...




wahhh..kemah keming nya...kami :)

hari ni...hari isnin..hehe hari pertama kerja di tahun baru ni..2015..dan 2015 ni..harap semuanya akan menjadi lebih baik..2014 aku rasa tahun yang cukup menguji kesabaran dan kekuatan..umur dah makin meningkat..tapi ada perkara yang aku masih pandang enteng... wtfood?
hari ni ..aku ada ermm briefing,,erkk kelas kot..tentang dipping machine dan solder bar..waktu mula je..dada naik turun macam gayat naik rollercoster...hurmmm ngatuk weh..terpejam 1 saat..ouhh naseb jepun ni tak perasan atau dia perasan lepas tuh dia akan bantai aku dengan bahasa dia..huhu..tak faham tak pe,...
bila fikir.kalau macam ni gaya nya aku duduk mendengar teori..pun keje nak indah lelap ku disiang hari..agak-agak patut tak nak sambung belajar? keinginan ni dah berlanjutan dah masuk 2 tahun..keinginan nak merubah nasib..sampai bila la aku nak masih berada di tahap ni? aku rasa dengan taraf pendidikan mampu mengubah masa depan..

p/s : aku tak cakap orang tak ada degree tu loser...cuma dengan kita meningkatkan taraf pendidikan..dalam masa yang sama kita akan improve taraf hidup kita..

memandangkan aku bekerja dalam sektor perindustrian,pengeluaran..a.k.a perkilangan..memang kalau kerja makan masa bertahun..untuk kenaikan ..gaji tahunan pun..rm20 aku pernah dapat..banyangkan kerja 12 jam sehari..6 hari seminggu..kemah keming aku..pergi kerja tak dan nak tengok matahari..balik pun dah azan manghrib..
walaupun begitu aku syukur..sebab dikelilingi mereka yang "betul-betul" strunggle untuk berada dikedudukan mereka sekarang..dan paling aku salute spring....kebanyakkan orang yang aku kenal..mereka memang ada skill..nampak luar macam kosong,gila-gila,,tapi bab keje..fuh...salute to senior aku..abang jet,abang zul and my ex bos..abg din..terima kasih mengajar adikmu yang cerdik tapi lembap ni..miahahha
kerja di dalam sektor perkilangan kita perlu jadi "semua boleh buat" kalau nak maju ke depan....kalau tak..duduk situ sampai ditawarkan VSS 

ok berbalik kepada kemah keming grey worrior aku..
hari ni..first day dia kena lapor diri di tempat baru..kemah keming...hehhe awal pagi mesej aku..kesian 6 lebih dah kene tunggu bas.,, very bored routine dia nak kena lalui hari-hari..naik bas,tggu feri,,mengadap pendatang asing (tenkiu najis)..aku harap dia semangat..sabar yer,,,tak ada perkara yang mudah nak kita lalui kalau nak rasa kesenangan hidup...sama seperti
nak makan nasik goreng kampung ala yananana...

nasi
-beras
basuh beras kemudian masak dalam rice cooker

panaskan minyak,goreng ikan bilis sehingga garing kemudian angkat
potong bawnag putih dan bawang merah..
tumbuk bawang putih dan bawang merah berserta ikan bilis (yang belum digoreng) dan udang kering dan
sedikit serbuk kunyit..(sikit je..kalau lebih pahit nanti)
panaskan minyak (api kene buka dulu)
tumis bahan yang tumbuk tadi sehingga naik bau wangi..auummm
dah wangi.masukkan air sedikit dan perencah/garam sehingga cukup rasa
selalu aku suka masak letak sayur campur..aku masuk time ni..nak bagi lembut sikit..
masukkan nasi ..
dah agak dah masak sikit..pecahkan telur
lepastuh masukkan ikan bilis yang garing enak hingga menjilat jari
kemudian tutup api..

phewww..penat...
eh apa kaitan entri kemah keming ada resepi nasik goreng ala yananana??
simple is not pimple (i hate pimple..atas dahi ada.,,,sejak penggunaan produk,,yang superduper ,,wtfood)
penjang lebar resepi tuh nak gitau..
kalau nak kehidupan yang sedap..sesedap nasik goreng
banyak perkara yang kita perlu buat..terpaksa beli..terpak berpanas dengan api
dan akhirnya..bila nasik goreng dah siap..jengjeng,.,sedapkan
kalau nasik goreng tuh cuma tumis bawang dan masuk nasik..tanpa garam,tanpa sayur atau bahan lain?
sedap tak?
what u give is what u get..
love quotes for him from the heart tagalog 2014
so to kemah keming nya grey worrior aku yang gendutt...
gud luck
kalau sayang yang garang dan seksi macam oprah ni bie ble tahan.
ngadap "makhluk asing" atas feri small matters kot..kot..kot
hehehhe
ich liebe dich (main taip ja)
sekian..
danke
HASHTAGKELASBAHASAPULAK

Soal Jodoh dan rezeki...tapi mati itu pasti..


aku ingat menjadi dewasa ni..awesome,.,.tapi bila dah lalui fasa ni..aku tahu sedih,perit terlukanya kita dengan diri sendiri dan orang sekeliling...


jodoh
disaat umur mencecah lebih pertengahan 20an..kalau cakap aku tak gelabah bewak kan..umur macam tuh masih belum berkahwin,kurap kurap pun bertunang pun tidak..nampak loser nya aku disitu..dulu..aku rasa sikit rendah diri..(sekarang tahap confident aku tinggi sikit) tengok kawan-kawan di zaman sekolah semua dah kahwin,beranak pinak pun,.kalau nak cakap aku tak der berkawan..aku ada grey worrior..so orang akan cakap.." tuh la..kawan lagi dengan grey worrior,kan dah lambat kahwin"
so what..aku bukan berkawan dengan suami orang..ehemmm..kalau nak tengok sangat aku duduk mempamerkan rupa aku atas pelamin..meh laki angpa ..aku jadi madu angpa..huhuu,,kompem angpa gelabah bewak plak terus insaf tak mau tanya aku soal macam ni kan..


jum usha babak biasa di majlis perkahwinan
mokcik nyibuk  : kamu pula bila lagi ?
: : biasa bukan,,aku ritu masa kak aku kawen orang dok tanya lepas ni nana plak la...

situasi yang tak pernah jadi..tapi seharusnya patut jadi..di majlis kematian tapi atas dasar nak jaga air muka orang tua sendiri..
mangsa mokcik nyibuk : mokcik,bila plak turn mokcik
: : orang cakap,tua ke muda ke kalau nak mati mati juga kan? yup betul..betul sangat-sangat..no objection..tapi percaya tak..soal jodoh pun sama..kadang muda tak kawen mai umur dah ujung-ujung dapat plak jodoh..

sape tahu kan..tu bukan keje kita..tuh keje Dia,biaq la Dia atoq sat kat kita,,.,yang kita dok masuk campoq hat keja Dia wat pa..kita buat ja apa yang Dia suruh..tak kacau sapa pun
 

rezeki- kerja
aihh..hng ni pi la cari keja tempat lain..kera jaan ka...kan senang ada pencen..alee uto..(maaf atas kekasaran yang disengajakan) aku bukan tak try dah chek oi..dah bape kali dah aku update,..kemaskini..sat amek pembantu,sat amek penolong pegawai..sat tukar jawatan yang sama..pastu save..sebab nak bagi ada kemaskini..tapi sampai la ni..tak da jugak..aku anggap mungkin rezeki tak ada ..tak ape la..tapi terluka terkecewa juga bila sebenarnya dibalik tadbir..(behind the interview and intake scene) ada babak yang memerlukan sokongan kabel bawah tanah yang mengalir arus kuasa dan pangkat tahap yang paling tinggi sehingga boleh mencederakan perasaan orang lain yang teraniaya-semata untuk mendapatkan kerja di kera jaan.. (fuhhh tulis kalut2 sebab takut lupa ayat power root aku ni)


rezeki-anak
hat ni aku tak lalui lagi...kalau aku yang berstatus bujang trang tang tang ni tetiba beranak..kompem satu dunia mengeji..huhuhu seolah "tabiat" mengeji dan menghukum serta membuka aib orang tu tak berdosa besar dowh..miahahha...(kecik-kecik lama lama jadi bukit)
 

mati
tua ka muda ka..semua akan lalui..ada yang p time bergetah pakai kebaya lagi..ada yang p time dah berjubah sape tahu kan..hat ni kalau tanya memang macm biadap tapi (dibolehkan bagi mereka yang sibuk denga urusan jodoh dan rezeki orang lain) mihmih sebab nya..ada orang yang hidup di dunia ni..ada yang tak de jodoh..tapi disyurga dapat bidadara yang taf kacak lagi..tapi setiap orang mati kan..so ni soalan paling tepat untuk kita tanya orang...
"are u ready to die??"
sebenarnya secara tak langsung wallau kedegaran kasar mesti sikit-sikit terdetik dalam hati orang yang menyoal dan disoal..sedia kah aku???
tuh kita saling mengingati...





sekian....

Tak apa kalau tak memahami tapi jangan....i'm strong ok!


haritu ada seorang kak ni..dia bz mencarikan wife kat adik ipar dia..adik dia dalam 26 atau 27 tahun..aku pun tak pasti..sebab aku tak ambil point sangat walau berkali dia gitau.bagus untuk seorang lelaki bekerja keras mencari nafkah..nak kumpul harta untuk isteri tapi aku jenis perempuan yang suka kestabilan..stabil dari segi kewangan dan masa..kalau duit berkepul pun tapi nak hantar mesej nak jumpa sebulan sekali pun susah nak buat ape..tapi kalau jumpa hari-hari pun nak buat ape..jadi stabil tu maksud aku biarlah balance..tak rasa "ketandusan"sangat atau terlalu melebih-lebih..

aku pernah cerita dekat kak tuh tentang "grey worrior" dengan harapan dia akan lebih mengerti..aku sibuk denga urusan lain berbanding dia nak gandingkan aku dengan adik dia..memang apa dia cakap ada benarnya..sikit pun aku tak nafi..betul cakap dia.."buat ape aku bersusah,grey worrior aku bukan suami aku.kalau suami aku boleh la untuk redha..tapi grey worrior belum di tahap tuh lagi sedangkan aku ada peluang untuk berhenti dari semua ni" dan betul,tepat sangat tepat..bercakap soal "pergi".. dia cakap " ala orang lelaki kubur bini masih merah pun dah cari lain,macam mana kalau grey worrior adalah aku..dan aku adalah grey worrior..adakah dia akan buat perkara yang sama macam aku??"
aku tak nafi..dalam malaysia ni...kalau ada 50 orang suami,mungkin hanya wujud 2,3 orang yang sanggup korban nafsu,masa demi si isteri

kalau tak mampu nak memahami tak apa...tapi jangan la sampai push aku ke tahap ni..hampir setiap kali jumpa mesti dia akan tanya aku..macam mana kalau lepas operate ni..grey worrior aku tak macam dulu,maksud dia.hilang ingatan,lumpuh,atau pape je side effect negatif yang lain...
aku cuma cakap.. "kak,itu satu hari nanti,saya taknak cakap saya akan tunggu takut jika saya akan pergi,saya taknak cakap saya akan pergi,takut nanti saya tunggu" semua tu tentang masa depan...aku tak fikir sikit pun tentang side effect tuh...sebab aku berharap,,,dengan izin ALLAH..tak ada yang mustahil...kalau sebelum ni dia dengar orang di sekitar rumah dia yang gila,hilang ingtan disebabkan pesakit barah otak...aku percaya....kunfayakun..kesembuhan tuh milik ALLAH..TAK ADA YANG MUSTAHIL..
sama mcam utaz cakap..selagi kita jaga hubungan kita dengan Allah,selagi kita ikhtiar (makan ubat) dan doa..tak ada apa yang kita perlu takut..semua tuh dari ALLAH...
sape kita nak tentukan apa yang ALLAH nak bagi???
biarpun kak tuh seolah "memandang rendah" atas harapan aku,,aku tahu..aku bukan berharap dari dia..tak apa yang penting yang perlu aku risau kan tentang kak tuh..
aku takkan mengalah...
 
"bie,bie kena sihat,semua orang pandang rendah kat sayang ,,bie kene buktikan tak ada yang mustahil....insya'allah..sayang dah letih nak explain kat orang..kenapa diorang kejam sangat? kenapa diorang nak sangat sayang fikir tentang masa akan datang yang belum tentu jadi,,kenapa dia seolah mendoakan..kenapa?sayang percaya bie..kehidupan akan mendatang ni akan lebih baik..sayang percaya bie akan sembuh..sayang percaya tak ada yang mustahil...semoga diberi nikmat sihat sekali lagi untuk bie,,supaya diberi peluang menghapus dosa lalu.diberi peluang berbakti pada yang perlu...kita boleh kan?? denga izin allah...."


Aura positif

seminggu lepas ada bawak "grey worrior" pergi berubat secara alternatif di kedah.semalam..pergi lagi untuk tengok perkembangan,,Alhamdulillah..ustaz yang berubat cakap semangat/fokus dalam diri dah jadi 60% berbanding masa mula datang dulu 40%
ye aku akui..sebelum ni kami selalu bertangkar,masing-masing baran..dan grey worrior pun baran..ermm nak lawan aku lettew..malah dalam banyak hal dia kerap mengamuk,kurang sabar seperti sebelum ni..dan aku anggap perubahan tu semua disebabkan masalah kesihatan yang effect emosi dia...
btw bila jumpa ustaz tu..rupanya ada anasir lain dalam masa yang sama,,,
aku akui kalau dari segi sains,,diorang akan cakap,hormon,keturunan,ketumbuhan..sesuatu yang lebih kepada sains dan ape yang diorang tahu..berbanding dengan rawatan secara spiritual...walaupun mempercayai sains tapi tak menolak kewujudan makhluk Allah yang lain...

p/s ustaz yang berubat ne merupakan doktor pakar dan dalam yang sama ada pengiktirafan dalam perubatan islam.. (2 dalam 1)

kadang bila kita tak sedar,sakit kita,kita biar diri dibuai dengan satu perasaan negatif yang membentuk elemen negatif yang lain.melalui ustaz ni..sebagai pengantaraan kami memohon kepada Allah yang Maha Esa..Allamdulillah...dengan izin Allah...
aku bersyukur sangat,,,
saat pertama kali jumpa uztaz ni..grey worrior aku dah ditahap kronik..bayangkan dalam diri cuma tinggal 40% untuk hidup..termasuk la disebabkan sakit,semangat,dan macam-macam lagi.,,
aku bersyukur sangat
hurmmm betul cakap ustaz tu..dengan izin Allah kita dapat berjumpa..yang penting jangan putuskan pertalian dengan ALLAH,makan ubat,ikhtiar dan doa...

semoga DENGAN IZIN ALLAH...
DIBERI KEMUDAHAN AGAR PROSES PERUBATAN NI BERJALAN DENGAN LANCAR..
DAN DIBERI PELUANG UNTUK MEMBENTUK DIRI MENJADI KHALIFAH,.,,

dengan rasa rendah diri..
aku amat kagum dengan ilmu yang ustaz tu miliki
dan dengan kerdilanya aku sebagai hamba
ALLAHHUAKBAR

"KUNFAYAKUN"